Wednesday, February 11, 2009

Pas Perak disaran sertai BN




Sumber : SinarOnline

KUALA LUMPUR - Pas Perak disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pas harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

“Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan Pas akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Majlis Makan Malam Gala Persatuan Sindrom Down Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apabila orang Melayu bersatu, semua masyarakat di negara ini akan mendapat manfaat dan faedahnya.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik di Perak sehingga menyebabkan kepimpinan negeri itu yang sebelum ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertukar tangan kepada BN.

Pada pilihan raya umum lepas, Pas memenangi enam kerusi, PKR (7) manakala DAP (18) dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Namun begitu pada minggu lepas dua ADUN PKR dan seorang Adun DAP isytiharkeluar parti untuk menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Calon Ketua Pemuda UMNO itu berkata anggota parti komponen BN tidak harus khuatir sekiranya ada usaha serta gerak kerja ke arah penyatuan antara UMNO dan Pas di Perak.

Beliau turut meminta Pengerusi DAP Karpal Singh supaya tidak meneruskan hajatnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan menerima hakikat Perak kini sudah di bawah pentadbiran BN.


Komen oleh Tempe Goreng


Sedarlah semua ahli PR dan semua anggota PR usah pun nak berniat bergabung. Buat kenyataan sedia kerjasama dengan UMNO pun jangan. Sejarah telah membuktikan UMNO bukanlah rakan yang baik untuk bergabung. Kenyataan Mukhriz ini hanya ibarat Menyelam sambil minum air dikala pergolakan politik yang berlaku di Perak tatkala ini. Melainkan bubarkan UMNO dan sertai pasrti PAS. Natijahnya, keserasian Umno jika Pas menyertai barisan Nasional hanya menguntungkan kemandirian politik konvensional dan lapuk Umno yang memegang kuasa persekutuan sejak sedari merdekanya Tanah Melayu. Sekarang ini gaya dan cara Umno berpolitik banyak mengambil untung sahaja dari kelemahan dan tidak berdiri dengan kuat atas kaki sendiri. Politik Umno memang terkenal dan agak tersohor dengan budaya politik wang atau RASUAH, lobi melobi walaupun pemimpin itu diletak seekor lembu, sistem kuota pemilihan yang langsung tidak relevan dan sebagainya lagi dalam pemilihan kepimpinan entiti Umno itu sendiri.
PAS sebagai parti memperjuang dakwah dan sistem yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sering kali ditohmah dan dipandang jelek. Media massa dan elektronik kawalan kerajaan BN dominasi Unno yang korup sering sahaja melaporkan berita dan laporan yang memperlekehkan dan berat sebelah terhadap PAS. PAS pada saya tidak boleh sertai langsung sertai Umno. Kalau ditanya kepada segolongan orang yang berpendidikan agama diluar sana pasti jawapan merea pun sama. Melainkan golongan nasionalis yang sempit dan jumud sahaja menyatakan PAS patut sertai UMNO.
Secara jelas pada waktu ini UMNO tidak relevan dan sesuai dengan perjuangannya yang hanya bertunjangkan hanya bangsa dan agak sensitif dengan kebangsaannya. UMNO lah yang sepatutnya sertai PAS yang ideologi politiknya berlandaskan AL-Quran Sunnah kepimpinan ulamak dan pemerintahannya adil-seadilnya.
Contoh, cuba lihat di Negeri Kelantan dan Kedah. Bandingkan dengan Negeri Johor yang pure UMno dengan Kelantan yang sejati dengan PAS. Puak Umno yang dangkal sedar dan bukalah minda kita tidak perlu dulu kini dan selamanya dengan UMNo kerana kita pasti mati dan hanya agama kita yang patut jadi dokongan dan panduan hidup kita.
-Sekian-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template