Wednesday, February 25, 2009

kisah dari Pekan

OLEH KERETABURUK

Ini adalah kisah dari guru di kawasan perdalaman Pekan. Kawasan orang asli. kalau nak pergi mersing, orang-orang kuantan atau pantai timur selalu ikut jalan ni.

Guru ini beritahu, di sekolahnya kalau murid-murid boleh pandai baca dan mengira itu sudah mencukupi. Khususnya anak-anak orang asli, hampir semua anak-anak murid asli sekolah tersebut tidak melanjutkan persekolahan di peringkat menengah.

Sebab itu lah, murid-murid pandai baca atau mengira sudah mencukupi supaya mereka ini tidak tertipu kemudian hari. Pandai bayar tambang bas pun dah kira baik. Tambang bas 80sen, kasi seringgit baki 20sen. Ini matematik.

Soalnya disini, apakah kerajaan rejim BN mahukan? mahukan anak didik tahu matematik dalam bahasa inggeris? atau bahasa inggeris ? atau mahir dalam matematik? atau menyusahkan anak didik mahu belajar matematik melalui bahasa inggeris.

Kalau anak asli itu hanya mahir selesaikan masalah algebra melalui bahasa orang asli, apa masalhnya. Pokoknya anak asli itu tahu matematik.

Jangan kita cicirkan minat anak-anak kita terhadap matematik mahupun sains disebabkan bahasa inggeris.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template