Wednesday, February 11, 2009

Kenapa V for vendetta?





Oleh Tempe Goreng

Mengapa V?
Apa itu V?
V itu akronim Vendetta ke?


Maksud vendetta itu sendiri dendam atau perkataan inggeris seerti yang lain iaitu revenge.
V for vendetta adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang satu kerajaan yang tidak menjaga kepentingan rakyat. Ia hanyalah cerita dan digarap oleh pengarah filem ini sebagai satu bentuk luahan kepada kerajan-kerajaan negara yang mengamalkan nepotisme, rasuah, menguasai rakyat dengan tujuan menindas, menjalankan pentadbiran tidak mementingkan hak rakyat marhaen.

Dalam filem ini kerajaan korup, tidak bertanggungjawab, memegang tampuk kuasa tanpa memetingkan kepentingan rakyat yang sepatutnya. Seorang pemuda yang asalnya cuba dibunuh kerana tidak sealiran dan sependapat dengan kerajaan itu telah dibunuh dengan cara dibakar rumahnya. Namun, pemuda itu masih hidup meski melecur teruk dimukanya. Selepas itu pemuda itu memakai topeng dan menggelarkan dirinya sebagai V for Vendetta. Pemuda itu mendendami pemimpin dan orang-orang yang tidak bekerja untuk rakyat tetapi sibuk memenuhkan tembolok dan kekenyangan perut sendiri.

Impak dari tindakan pemuda itu juga rakyat bangun dan berarak meminta kerajaan membubabrkan kerajaan dan menyerah kepada orang yang sepatutnya. Rakyat juga memakai topeng menunjukkan sokongan kepada si V ini. Patutkah kita meniru V for vendetta ini?
Jika kita terdesak patutkah kita melakukan perkara yang sama V for vendetta lakukan?

Klimaks cerita ini beliau mati selepas cedera dalam satu pergaduhan dengan polis kerajaan. Tapi sebelum itu beliau telah pun meletupkan bangunan yang hanya menunjukkan simbol demokrasi tetapi hakikatnya pelaksanaannya tidak sekali demokrasi.

kesimpulan : Rakyat berhak menentukan siapa pemimpin mereka. Bukan sultan. Sultan telah pun dikurangkan kuasa oleh Dr M sendiri. Dr M dari parti tua UMNO. Kerajaan PR disabotaj dan dikenakan oleh Najib supaya jatuh dengan politik wang katanya. Sama maksudlah dengan rasuah. Siapa yang salah?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template