Friday, February 20, 2009

Kekacauan politik

Oleh Tempe Goreng

Dalam beberapa hari dan beberapa bulan kebelakangan ini semenjak kekalahan BN kepada PR pada pilihanraya kecil di Terengganu seperti terdapat semacam perkara yang kita tidak pasti. Rakyat selaku pemilih yang tidak ada paksaan telah memberikan markah dan skor kemenangan kepada pakatan kepimpinan Pakatan Rakyat. Tidak pasti pada ketika ini kerana berlakunya beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku secara pantas dan lajunya. 1. Bagaimana tampuk pemerintahan kerajaan PR pimpinan Dato Nizar dari Parti PAS telahpun ranap dan tumbang tidak sampai tempoh 1 tahun pun. Lebih kurang 11 bulan sahaja mampu bertahan. 2. Pindah dan lompat dari sau pasrti yang berlaku ibarat katak melompat dari satu daun keladi ke kaun keladi yang lain.

Lihat sahajalah bagaimana Demokrasi di Malaysia diinjak-injak secara terancang. Demi mahu memastikan keberterusan dan kemandirian spesis UMNO yang semakin tidak keruan ini maka agenda lompat menjadi agenda yang begitu hebat. Dato Seri Anwar dikatakan jaguh dan pelopor namun yang melobi dan menjadikan realitinya adalah UMNo dan BN sendiri.

Setujukah kita UMNO parti bangsa Melayu yang sudah tidak boleh mengangkat jati diri bangsanya sendiri dengan begitu membanggakan sebaliknya kerap menjadikan isu demi kejaguhan kampungannya.

Tepuk dada tanya iman..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template