Friday, February 6, 2009

Hidup Rakyat!!!

OLEH KERETABURUK


Kerana mahukan sebuah kerajaan yang adil, bersih dari rasuah, adakah rakyat juga dipersalahkan kerana derhaka kepada sultan? tidak menyokong kerajaan korupsi, rakyat dianggap derhaka besar kepada sultan. Jika bergini halnya, maka dengan itu lahir lah anak-anak warisan bernafsu jebat.

Ingat lah wahai sultan yang dijunjung. Jangan sampai suatu masa nanti hanya dijunjung dikalangan UMNO sahaja. Beraja sesebuah negara itu pabila disi dengan warga rakyat jelata.

Ingatlah wahai sultan, Pakatan Rakyat bersusah payah berjuang menetang kerajaan korup dan hasilnya, negeri Perak bebas dari cengkaman rejim BN. Kerajaan PR Perak yang dibentuk hari ini datang dari hasil undi rakyat yang sah melalui PRU. BUKAN seperi kerajaan yang baru diperkenankan sultan, iaitu kerajaan yang dibentuk hasil korupsi.

Ingatlah wahai sultan, kerana menuntut keadilan dari sultan, petang hari ini rakyat dibedil dengan gas pemedih mata, rakyat disepak terjang oleh FRU, masjid dibom, rakyat dibasahi oleh water cannon.

WAHAI RAKYAT, PRU 13 KITA HUKUM MEREKA!!! SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA ADIL

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template