Monday, February 2, 2009

Bubar sayap UMNO?



Oleh Tempe Goreng

" Kita bubar sayap Umno termasuk Puteri, Putera, Pemuda dan Wanita Umno demi mengelakkan kejadian atau kes politik wang atau rasuah yang berleluasa dalam UMNO", begitulah kata-kata Tan Sri Ahmad Riathaudden yang menjadi pengerusi badan Disiplin Umno.

Sedangkan badan yang bertindak menjadi pemantau dan badan disiplin dalam Umno pun merasakan kepayahan bertindak kerana kebudayaan rasuah yang sudah menjadi darah dan daging Umno dan parti-parti komponen BN yang lain.

Kerelevanan dan kesesuaian serta keberterusan UMNO dan BN dalam menyusuri arus pemerintahannya selama 51 tahun dilihat semakin tahun semakin rosak. Rosak kerana pemilihan dalam parti, lobi melobi, imbuhan wang untuk penyokong, pancing undi dan sebagainya lagi. Itulah yang dinamakan kerajaan efektif tahap rendah. Jika rasuah boleh berlaku dalam soal emilihan kepimpinan dan ketua sesebuah organisasi maka sudah tentu akan ada tangan dan tindakan sembunyi yang akan diambil.

Pendek kata pada hari ini UMNO akan menjadi seperti singa tua yang hilang banyak gigi dan taringnya. Lantas kurang daya cengkaman dan daya pemerintahan yang bersifat wajar dan adil.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template