Tuesday, February 17, 2009

BN main kotor

Olet Tempe Goreng

Selepas beberapa minggu Kerajaan PR Perak dijatuhkan dengan cara yang kotor kini tibalah masa negeri-negeri pembangkang yang lain ikut jejak. Senang menjatuhkan kerajaan PR ini kata Najib. "Kita tabur wang depan mata mereka". "Kita ugut adun mereka dengan pelbagai perkara sehingga mereka akur dengan kita". "Kita culik dan sorokkan mereka di datu tempat yang tersembunyi selama beberapa bulan". "Kita provok Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu dan momokan berbaur isu sensitif sekalipun supaya BN kembali jadi hero".

Sejak beberapa ketika selepas kerajaan PR dijatuhkan dengan penuh muslihat dan propaganda jahat menafikan hak rakyat memilih kerajaan pimpinan Dato Nizar Jamaluddin telah tersungkur dengan berpaling tadah dua orang adun PKR yang asalnya dikaitkan dengan isu rasuah. Seorang / seekor Rubah dari Umno pun sama cuba menambah warna dalam kekalutan politik. Lantas seorang ahli Roket yang tamak memijak barisan kepimpinan DAP yang lantang dan tegas untuk keluar dari PR.

Kita perlu lihat ini sebagai suatu kebohongan dalam demokrasi yang diamalkan oleh Pemimpin BN yang hanya tahu ambil kesempatan dari kekurangan dan kelemahan.
Nak berlawan biarlah betul, Nak berlawan biarlah kena dengan jaguh dan tempatnya. Baru betul dan adil.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template