Thursday, February 26, 2009

Bantah PPSMI, guru jadi susah?

OLEH KERETABURUK

Adakah kini guru menjadi mangsa dengan tindakan NGO atau PR membantah PPSMI?
KPM tidak senang duduk dengan tindakan NGO dan PR kerana membantah keras PPSMI. Demo sana piket sini memberi tekanan kepada KPM. Dan kini tekanan ini dilepaskan kepada kaum guru.

Orang jabatan, kaum nazir kini giat memantau guru PPSMI. Ada tekanan di sini. Disebabkan bantahan PPSMI yang hebat oleh NGO dan PR, kini guru menjadi mangsa. Guru digodak dengan pelbagai aktiviti PPSMI, setiap minggu kena hadir kelas bahasa inggeris. Guru juga diwajibkan membuat kerja sekolah, yakni membuat latihan supaya memantapkan bahasa inggeris. Guru juga perlu mengambil peperiksaan penilaian tahap bahasa inggeris mereka. Guru seperti 'benda', dicorakkan dan digodak.

Adakah punca utama kegagalan PPSMI ini datangnya dari guru?

Bagaimana dengan pengukuran PPSMI keatas murid? KPM menyembunyikan data sebenar. Hasilnya murid dapat sains A dalam UPSR, tapi tidak tahu sains, orang kata graf turun.

Bantahan yang hebat dari NGO dan Pakatan Rakyat menyebabkan guru jadi susah disebab beban mereka bertambah? tidak mengapa. Yang jelas menunjukkan bahawa bantahan PPSMI itu sampai ke telinga KPM. NGO dan Pakatan Rakyat perlu teruskan bentahan PPSMI.

Guru diugut, diberi amaran supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan, piket yang membantah perlaksanaan PPSMI.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template