Saturday, January 3, 2009

Stesen Bas Klang Sentral




Oleh Tempe Goreng

YB Teng Chang Kim merupakan seorang Adun dari parti DAP dan Speaker Agung Dewan Negeri Selangor. Dalam beberapa ketika dan waktu dilihat PKR dan DAP seperti mahu berantakan dan bergaduh. YB Manikavisingam dari PKR tidak bersetuju dengan arahan pemindahan keseluruhan logistik dan pusat operasi bas-bas domestik mahupun ekspres di Bandar Klang itu. YB Teng Chang Kim dari DAP dilihat agak autokrasi dengan keputusan beliau tidak boleh tidak mesti memindahkan Stesen Bas Klang itu yang sekarang berdekatan dengan sebuah pasaraya ke sebuah kawasan baru yang agak jauh dari Pusat Bandar Klang. Wakil-wakil rakyat lain dalam PR terutamanya YB Manikavisingam memberi pendapat akan terjejasnya sumber ekonomi dan mata pencarian peniaga dan penjaja-penjaja kecil yang mencari rezeki di Stesen Bas Bandar Klang.

Ironinya, pemindahan ini dibuat selepas persetujuan dicapai dengan tidak memanggil kesemua yb-yb dalam PR. Hasilnya masing-masing memberi pendapat yang beberapa daripadanya bercanggah dengan persetujuan awal memindahkan pusat operasi bas henti-henti dan ekspres di Klang.

Apa yang kita lihat di sini adalah betapa kurang kerjasama dalam persetujuan perkara yang berkenaan. Perkara seperti ini perlu diambil berat sementelah PR atau Pakatan Rakyat adalah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat sebagai alternatif kebejatan Barisan Nasional. Pendapat saya berkenaan pemindahan itu ialah untuk jangka masa panjang memang praktikal dan bagus sekali. Ini akan mengurangkan kesesakan dan laluan bas akan lebih tersusun. Disamping itu, pusat operasi bas yang baru menawarkan kemudahan yang lebih kondusif, keselesaan kepada para pengguna awam termasuk pelancong luar negara kelak. Kemudahan stesen bas Klang sentral ini nanti juga akan dapat menampung bilangan dan jumlah penumpang yang lebih besar pada ketika waktu puncak seperti waktu perayaan dan sebagainya nanti. Saya juga berpendapat stesen bas Klang yang lama supaya tidak ditutup terus sebaliknya dijadikan perhentian menunggu bas juga. Operasi pusat bas-bas sepatutnya dipindah ke Klang Sentral. Stesen lama itu dijadikan tempat bas-bas berhenti mengambil penumpang bandar untuk ke Pelabuhan Klang misalnya dan ke Taman Sri Andalas juga. Jadi situasi menang-menang dan saling tidak tuduh menuduh akibat tidak puas hati pasti akan dapat dielakkan dengan sebaiknya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template