Sunday, January 18, 2009

Israel sedang cari pasal



Oleh Tempe Goreng

Seringkali kita mendengar saban hari saban tahun saban waktu dikaca televisyen akan tragedi berdarah pergolakan diantara Negara palestin dan Negara Israel haram. Ini adalah pergolakan sepanjang zaman yang dicatat dalam Al-Quran sebagai peristiwa yang berlaku tanpa ada kesudahan sehinggalah dekatnya hampir kiamat itu berlaku. Iaitu akan turunnya Imam Mahdi dan pejuang-pejuang Islam yang segarang dan sekental zaman Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W seperti Hamzah A.S dan sebagainya lagi mengalahkan Yahudi laknatullah. Yahudi atau Orang-orang Yahudi yang mendiami tanah haram hasil rampasan secara paksa ke atas tanah Negara berdaulat Palestin dahulunya sememangnya tidak dinafikan sebagai bangsa manusia yang paling kejam di dunia setakat ini. Selain Yahudi kita biasa mendengar bangsa Serbia dan Crotia yang sangat durjana. Jangan lupa kekejaman Rusia yang dibawah pengaruh Komunis Soviet Union mahu menawan Afghanistan, Bangsa Filipina, Rusia terhadap Checnya dan sebagainya lagi.


Kita adalah Islam tetapi kita masih lagi bergantung kepada Amerika yang mengikut telunjuk Yahudi, masih lagi mengamalkan budaya berseronok-seronok yang berlebihan hasil peperangan psikologi dan budaya oleh masyarakat Yahudi terhadap Islam. Masih lagi kelihatan umat Islam yang mempertahankan Amerika dan menyokong demi kepentingan tertentu. Contohnya Negara-negara Arab dan Islam dilihat seperti tidak mahu mempertahankan maruah Islam.

Kalau boikot pun kita tak mampu nak lakukan kita memang tidak mempunyai jiwa muslim. Seperti mana Sabda Rasulullah yang bermaksud Muslim itu ialah umpama suatu anggota sakit maka anggota-anggota lain pun turut sama merasa sakit.
Barrack Obama muslim?? Ya betul dia muslim tapi kita pun tak tahu sejauh mana merasa sedihnya turut dalam merasai keperitan dan sengsara dibunuh oleh Israel Durjana.
Ada beberapa pendapat dari pakar atau golongan akademik mengatakan kita tidak praktikal memboikot barangan Amerika semata-mata mahu menjatuhkan Israel kata beliau.
Agaknya beliau yang cerdik pandai ini merasa sakit kalau tak makan MCD, KFC atau minum Kopi Latte di Starbucks agaknya. Tekak beliau mungkin merasa jijik makan nasi campur berlaukkan dan bersayurkan masakan Malaysia. Amerikakah yang memberi kita wang dan kekayaan selama ini. Sepatutnya kita perlu fikir bahawa kita sudah merdeka dari kongkongan mana-mana negara penjajah dan semestinya kita bebas membuat keputusan termasuk memboikot barangan sekalipun.
Penakut punya orang.

Jadilah seperti pemimpin muslim dan orang Islam yang berjiwa kental dan teguh dengan agama. Tidak condong ke arah musuh Islam semata memikirkan kerugian duit, saham, pelaburan dan sebagainya. Lihat bagaimana Almarhum King Faisal dari Arab Saudi telah melaksanakan embargo minyak kerana menunjukkan tanda protes dan kepada Amerika, Israel dan barat yang Islam tidak membenarkan tindakan yang tidak adil dilakukan terhadap Palestin ketika itu. Jadilah seperti pemimpin Republik Islam Iran yang berani seperti Ahmadinejad sekarang. Nama beliau sendiri seakan ejaan Imam Mahdi seperti yang dijanjikan akan tanda Yahudi bakal berkubur dan kiamat terlalu hampir waktunya. Pemimpin Arab yang lain dalam Liga Arab atau OIC cuma diam seribu bahasa dan membisukan mulut masing-masing. Semangat asabiyah perkauman dan mementingkan diri sendiri seakan cukup tebal dan sukar dikikis dikalangan orang-orang Arab ini. Amat mengecewakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template