Friday, January 30, 2009

Belasah dan dibelasah

Oleh Tempe Goreng

Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian seorang pesalah tahanan reman mati mengejut ketika dalam tahanan lokap polis. Tahanan reman bermaksud adalah pesalah atau banduan yang akan menjalani proses sisatan dari pihak polis. Tahanan ini bukanlah satu bentuk hukuman sebaliknya merupakan hanya tahanan yang bersifat sementara meskipun tiada jumlah hari yang sebetulnya pesalah yang disyaki ditahan.

Kugan iaitu seorang pemuda yang disyaki terlibat dalam kesalahan jenayah beberapa siri kecurian kenderaan melibatkan kereta mewah dan sebagainya lagi. Beliau akhirnya tertangkap dan pihak polis telah menjalankan siasatan sementelah beliau ditahan reman dalam tahanan lokap polis. Malangnya setelah pihak polis menjalankan siasatan yang entah bagaimana cara atau kaedah sisatan dijalankan Kugan telahpun menghembuskan nafas terakhirnya. Ironinya, kejadian banduan atau pesalah tahanan reman disiasat dengan cara dan kaedah yang agak ganas, kejam dan sebagainya lagi bagi mendapatkan maklumat.

Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis yang dibentuk juga seakan segan dan tidak mahu telus dalam penyiasatan. Seperti yang sedia maklum inilah sebab mengapa polis menjadi bahan kutukan dan cacian dari segenap masyarakat walaupun mereka-mereka ini merasakan tidak adil. Ini kerana kes-kes yang melibatkan kesaksamaan hak rakyat berbilang kaum dan hak untuk mendapatkan saluran yang disediakan dinafi secara prosedur yang membuta tuli. Akhirnya setelah hak-hak yang sepatutnya rakyat dapat dinafi dengan kejam laksana Israel memaksakan ke atas Palestin di Gaza sekarang ini. Pendek kata kita rakyat semacam dimusuhi oleh pihak polis. Walaupun begitu bukanlah semua polis sebegitu tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Pokoknya di sini juga apakah polis memiliki kredibiliti yang tinggi bagi menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam dan dalam negara?
dan adakah polis profesional dalam menjalankan tugas yang memberikan risiko kepada nyawa mereka tanpa ada kawalan dari kepentingan politik, rasuah, samseng, kepentingan kabel besar dan sebagainya lagi. Dengan suasana dan keadaan dalam negara kita yang menghadapi kadar peningkatan jenayah yang semakin meningkat polis dilihat sebagai agen pelindung yang semakin tidak efektif lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template