Monday, December 15, 2008

SPRM?



Oleh Tempe Goreng

Suruhanjaya ditubuhkan untuk gantikan badan berkaitan pencegahan rasuah di Malaysia. kelihatan seperti menjenamakan atau memberikan nilai rupa sahaja. Kaedah pencegahan rasuah dan akta-akta di dalamnya sendiri tidak menjamin kelangsungan pemantapan badan pencegahan rasuah yang bebas. Bebas dari campur tangan dari mana-mana pihak samaada berunsur pengaruh politik, pengaruh orang kenamaan atau VIP, pengaruh pegaai penjawat awam, pengaruh kroni atau hubungan saudara dan sebagainya lagi.

Lantas penubuhan yang diwar-warkan ini umpama juga senjata atau satu bentuk
peninggalan gajah putih oleh Pak Lah Badawi supaya dikenang sebagai PM yang antang banteras rasuah gimiknya. Gimiknya, rasuah dibanteras hanya hangat-hangat taik ayam sahaja. Kita boleh lihat pada hari ini pelbagai kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan oleh rasuah sana-sini oleh pemimpin-pemimpin BN yang diamalkan terutamanya oleh parti ulung UMNO sendiri.

Rasuah kalau melibatkan duit RM 50 dan ratusan ringgit boleh didakwa. Tetapi rasuah melibatkan ratusan ribu, puluhan juta dan beratus juta ringgit wang, rasuah hadiah, perkhidmatan seks dan sebagainya tidak dibanteras secara total. Pembanterasan hanya bersifat kata perumpamaan kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Nisbah atau kadar rasuah dalam indeks rasuah di Malaysia juga agak mengecewakan kerana kita tidak ubah seperti Indonesia, India dan negara-negara yang amalkan rasuah sehingga tahap peringkat tertinggi birokrasi. Kalau di Indonesia dikatakan boleh dapat ijazah dengan syarat bayar sejumlah wang kepada canselor universitinya. Kalau di Indonesia juga pegawai kastamnya tidak mahu cop kecuali selepas diberikan tips atau duit rasuah kepada mereka.

Sekarang kita sendiri perlu akui rasuah mencerminkan budaya masyarakat malaysia hasil pemerintahan korupsi UMNO dan kerajaan persekutuan BN yang tidak konsisten menghapuskan rasuah dengan efektif.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template