Wednesday, December 17, 2008

Sembunyikan kegagalan, pekak kan telinga, tidak hadir, itu lah Barisan Nasional

OLEH KERETABURUK


Sebelum berbicara adakah patut dasar PPSMI diteruskan atau tidak, kita tanya pengubal, perancang kurikulum negara.

1) Mengapa perancang kurikulum tidak menilai keberkesanan PPSMI yang akan dilaksanakan itu? tiba-tiba sahaja, tanpa melalui prosedur yang sah, tanpa melalui peringkat penilaian fasa percubaan, dengan akal yang maha bijak, perancang kurikulum ini terus melaksanakan PPSMI fasa kajian lapangan.

Yang nyata, dasar yang diperkenalkan pada tahun 2003 adalah dasar gopoh gapah dan salah satu skim cepat kaya kroni-kroni BN.

2) Kajian, penilaian telah dibuat selepas PPSMI ini dijalankan, saban tahun melibatkan penilaian keatas guru dan murid. Nyata, hasil penilaian tersebutPPSMI adalah GAGAL TETAPI kerajaan barisan nasional menghalalkan kegagalan tersebut,menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuan rakyat. Maka lahirlah murid seperti robot atau murid dapat keputusan UPSR sains dapat A tapi tidak tahu isi kandungan/kemahiran sains.

Sebagai perancang kurikulum yang maha bijaksana, mengapa mereka mahu dasar PPSMI ini diteruskan juga walaupun GAGAL? bukankah peranan kurikulum menentukan samaada dasar kurikulum itu diteruskan atau tidak.

Objektif atau matlamat utama dasar PPSMI ini dilaksanakan adalah semata mata memperkayakan wang poket mereka sahaja.

Selepas kita persoalkan peranan penilai kurikulum, maka kita persoalkan Menterinya pula

Menteri Pelajaran, Hishammuddin tidak menghadiri persidangan meja bulat ke lima dan kali ke lima berturut-turut beliau tidak hadir. Tak perlu lah kita persoal siapa yang sepatutnya hadir persidangan tersebut jikalau Menteri yang bertanggungjawab sendiri tidak hadir.

Nyata sifat penakut Hishammuddin sukar dikikis. Jika setiap kali kesatuan guru seperti NUTP misalnya ingin bersemuka dengan beliau bagi membawa isu/permasalahan guru, nyata sekali beliau sukar untuk menghadirkan diri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template