Wednesday, December 17, 2008

Proton sebuah pembuat kereta dari Malaysia



Oleh Tempe Goreng

Proton

1. Kos penyelenggaraan yang tinggi. Pihak pengeluar terutamanya pusat servis proton akan mengenakan double atau caj berganda ke atas kos penyelenggaraan kereta proton perdana V6 ini.
2. Proton Perdana V6 menggunakan sistem enjin V-twin yang mana sistem gearbox proton perdana ini agak kecil berbanding kapasiti enjin yang mengeluarkan kuasa kuda.
3. Kerajaan memegang syer dalam proton melalui Khazanah Holdings dimana Proton juga dikira sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau GLC tetapi kerugian yang dialami menyebab wang rakyat dipergunakan.
4. Proton adalah sebuah syarikat pembuat kereta dari Malaysia selain Perodua yang agak kompetitif dalam pasaran domestik kerana harga walaupun kualitinya agak jauh terkebelakang berbanding kereta-kereta dari luar negara.
5. Sistem enjin Campro yang diperkenalkan diawal kelahiran Gen-2 seterusnya Satria Neo, Waja, Saga BLM merupakan titik tolak kebangkitan proton. Sistem ini dipelbagaikan dengan adanya pilihan campro CPS dan Campro IVPM. Syabas proton !
6. Relatifnya, Proton tidak memberikan pulangan dan kualiti yang terbaik bagi dinikmati oleh pembeli-pembeli proton keseluruhannya dari aspek kualiti, ketahanan dan sebagainya. Contohnya, standard kualiti dan keselamatan kereta proton amat mendukacitakan. Bandingkan dengan proton yang dijual di negara luar seperti di UK. Kita akan dapati model yang sama di Malaysia amatlah rendah mutu dan kualitinya meski pun mahal harganya.
7. Himpunan model-model proton senang dibilang dengan dan disenaraikan. Berbanding pengeluar dan pembuat kereta luar negara yang mengeluar dan mempelbagaikan model-model kereta mereka untuk pasaran domestik dan luar negara mengikut benua dan kesesuaian penggunaan. Hasilnya, proton tiada model 4x4, SUV, MPV dan sport yang betul-betul memberi saingan kepada yang lain.
8. Proton dikutuk berkali-kali oleh media dan majalah luar negara termasuk autocar, iklan Mr Bean di UK dan sebagainya. Adakah proton berani dengan perubahan dan tidak perlu kedekut menghasilkan produk dan keluaran yang labih baik.
9. Pembayar cukai dan pembeli kereta keluaran proton membayar dengan harga yang mahal kerana pembuat kereta proton melabur dengan menggunakan wang hasil dari rakyat sendiri. Sepatutnya kereta proton lebih bernilai untuk setiap sen wang rakyat.
10. Proton perlu bebas dari kongkongan politik dan rasuah, pengaruh keuntungan yang merugikan wang rakyat, telus dalam pengurusan yang cekap, mempelbagaikan model keluaran setiap tahun agar lebih kompetitif, mencipta teknologi sendiri, bergabung dengan petronas dan menghasilkan keuntungan dalam bentuk jangka panjang dan efektif memain peranan dalam industri automobil dalam negara.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template