Saturday, December 27, 2008

Pilihanraya Kecil





Oleh Tempe Goreng


Pilihanraya yang ibarat mencari jaguh sebenar mempertahan kepentingan rakyat. Pertembungan dalam pilihanraya kecil kerana kematian ahli parlimen Umno-Barisan Nasional iaitu Datuk Razali Ismail. Biasa kita lihat senario sebegini dimana perlawanan dalam gelanggang pilihanraya kecil melibatkan dua parti yang berbeda ideologi dan semangat pertentangan. Barisan Nasional seakan tercabar dan seperti ketandusan kepimpinan yang jauh dari mengamalkan rasuah dalam apa perkara sekalipun. Waima hal peribadi seperti pergaulan sosial, kemesraan dengan masyarakat, tidak sombong, adil, bijaksana dan mengamalkan keseimbangan dalam hubungan dengan pelbagai bangsa dan agama.

Lebih tepat lagi pada masa ini PR sebagai satu wadah alternatif yang sentiasa diterima oleh masyarakat secara meningkat akan menggugat penguasaan kuasa politik Barisan Nasional. Boleh juga diibaratkan pertembungan diantara parti politik di Amerika yang berlawan diantara demokrat dan republik. Makanya politik yang dilihat sebagai tidak mencerminkan kepentingan rakyat dan membelakangkan kepentingan negara akan dianggap sebagai tidak relevan. Pendek kata, Barisan Nasional perlu akur dan setuju jika rakyat secara umumnya menolak BN.

Kemahuan rakyat bukan melihat kepada asal kemerdekaan Malaysia atau Tanah Melayu ini yang diwar-warkan sebagai usaha UMNO sahaja. Malah sekarang ini PAS dan beberapa pemimpin yang bukan dalam Perikatan atau Barisan Nasional pun memainkan peranan yang sama penting dalam menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu. Jadi, amatlah tidak wajar jika UMNO sahaja sejak dulu dan mahu memegang tampuk pemerintahan persekutuan sampai bila-bila. Ini kerana UMNO pun manusia biasa yang punya kesalahan dan kekurangan. Adanya PR yang ditunjangi PAS, PKR, dan DAP akan dapat mengimbangi rentak kuasa dan peranan BN dan UMNO di dalam Negara Malaysia ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template