Wednesday, December 17, 2008

Parlimen luluskan SPRM



Oleh Tempe Goreng

Hari ini kerajaan BN yang sinonim dengan barang naik dan rasuah telah meluluskan pindaan bagi mengubah nama Badan Pencegah Rasuah ataupun BPR kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun SPRM.

Perlu diingat pindaan yang telah dibuat ini sebenarnya hanyalah menjenamakan sahaja badan yang mencegah dan membanteras rasuah di Malaysia ini. Apakah bodohnya dengan kerajaan BN ini. Kuasa tindakan BPR dulupun dibawah telunjuk Kementerian Dalam Negeri dan kini SPRM akan diletakkan di bawah tadbiran kuasa Jabatan Perdana Menteri. Pokok utama d sini ialah BPR atau SPRM tetap tidak mempunyai bidang kuasa sendiri dan dalam mengambil tindakan undang-undang mengikut akta-aktanya hanyalah ibarat lembu dicucuk hidung.

Kes-kes rasuah di Malaysia sebenarnya banyak dan kalau sebetulnya disiasat boleh jadi hampir semua pemimpin UMNO dan BN akan dihumban ke dalam penjara. Masalahnya cara dan kaedah siasatan BPR mahupun kini SPRM tidak begitu efektif dan kurang sangat ikhlas membanteras rasuah. Jikalau perasuah atau penerima rasuah dikalangan pemimpin UMNO secara jelasnya akan terlepas dari siasatan. Tindakan dan kertas siasatan pun mungkin akan memakan masa yang lama hingga akhirnya akan dilepas dengan alasan kurang bukti.

Tetapi kalau yang merasuah atau penerima rasuah adalah dikalangan orang kampung, pekerja awam, ahli pembangkang dan bukan dari golongan elit UMNO maka pantaslah tindakan diambil. Ibarat mencantas rumput yang tumbuh liar.

Kita bimbang BPR atau SPRM ini hanya jadi satu alat untuk menghumban pemimpin-peminpin pembangkang. Seperti mana konspirasi pemimpin UMNO mensabitkan kesalahan rasuah ke atas YB DSAI seterusnya dihumban ke dalam penjara Sg Buloh dengan hinanya.
Kita juga amat bimbang negara Malaysia ini akan hancur kerana kelihatan dengan jelas sekali UMNO tidak mahu mengakui kekalahan dan belum tentu mahu menyerah tampuk pemerintahan kuasa persekutuan ke tangan pembangkang dengan aman. Pelbagai cara dobentuk demi keberterusan UMNo dan BN yang semakin hari lesu dan tidak relevan dalam menjaga rakyat yang mana lebih banyak susu diberi kepada kera-kera mahupun babi-babi di hutan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template