Saturday, December 27, 2008

Nak belajar Sains dan Matematik

Oleh Tempe Goreng

Kata Mahathir kita mesti ubah dan belajar Sains dan Matematik di dalam bahasa penghantar Inggeris. Tambah beliau lagi ini bagi menjadikan bangsa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa asing atau yang lebih maju.
Ternyata pendapat ini amatlah salah dan tidak betul. Ini kerana Orang Jepun, Perancis, Jerman, Sepanyol, Iran maju dengan teknologi-teknologi dan maju dengan dan bergerak pantas hasil pendidikan mereka yang berbahasa penghantar bahasa ibunda mereka sendiri.

Kata Mahathir juga melalui medium Bahasa Inggeris pengajaran Sains dan Matematik akan bertambah menarik dan mudah difahami yang mana akan banyak bahan rujukan adalah dalam bahasa penjajah itu. Ternyata pendapat ini cetek dan jumud yang melampau. Lantas apalah fungsi DBP yang sekarang ini hidup segan mati tak mahu sahaja. DBP memainkan peranan dalam penterjemahan buku-buku ilmiah dan akademik untuk generasi Malaysia yang proaktif dan maju. Kefahaman pelajar dan murid haruslah diukur melalui bahasa yang mereka gunakan sebagai penghantar dan komunikasi dalam pembelajaran. Dalam Sains misalnya terdapat banyak istilah Inggeris yang baru dan asing bagi murid-murid. Begitu juga Matematik terdapat ayat yang panjang memerlukan pelajar memahami ayat demi ayat untuk menentukan konsep dan operasinya. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanyalah satu langkah mengundur dan berjalan kebelakang dalam menggapai wawasan dan cita-cita masa depan.

Kata Dato` Alimuddin Mad Dom yang berkata pengajaran SC dan Mate dalam BI akan diteruskan untuk UPSR tahun hadapan. Peperiksaan UPSR untuk kertas SC dan Mate akan dijalankan dalam dwi bahasa atau bilingual yang membenarkan murid memilih samaada menjawab dalam BI atau BM. Ia dikira satu dasar yang membazirkan kertas, kos bertambah bagi mencetak dan menyusahkan murid atau pelajar dalam memahami konsep yang mudah dalam SC dan Mate.

Kata Dato` Hishamuddien Tun Hussien pula PPSMI adalah titik tolak kepada keunggulan sistem pendidikan negara kita. PPSMI akan membantu murid-murid yang nanti akan menuju ke alam menara gading. Sebenarnya di awalnya kita patut menerapkan kefahaman asas konsep melalui bahasa yang mudah difahami oleh pelajar atau murid. Kesukaran pelajar dan murid dalam memahami setiap butir pengakaran dan soalan peperiksaan hanya akan menyebabkan pelajar atau murid dikira gagal menguasai subjek dengan baik.

Kata Gapena kami akan saman Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana meneruskan dasar PPSMI untuk tahun-tahun akan datang ini. Ketegasan badan NGO ini dilihat bercanggah dengan keputusan kerajaan yang ingin meneruskan dasar PPSMI ini.

Kata siapa lagi yang mahu menjelaskan secara panjang lebar atau jelas supaya kerajaan dengar dan faham sukar anak-anak muda kita memahami subjek yang mudah tetapi disusahkan oleh KPM sendiri.

1 comments:

Faizal Zakaria's Blog on January 1, 2009 at 1:12 PM said...

Nampak gaya kena tukar jugaklah :-(

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template