Friday, December 5, 2008

Ketuanan orang asli

OLEH KERETABURUK


Jika orang melayu kononnya bila bahasa melayu bersama-sama dengan bahasa cina, tamil dalam papan jalan pelbagai bahasa menimbulkan amarah orang melayu(dikalangan orang yang tidak cerdik), boleh menggugatkan bahasa kebangsaan dan kedaulatan bahasa melayu atas dasar ketuanan melayu. (PPSMI sains dan m3 boleh pula dihalalkan, sebab itu saya kata tidak cerdik).

Kenapa ketuanan melayu ini lupa bahawa melayu bukan satu2nya tuan di tanah melayu ini.

Kembalikan hak orang asal. Ketuanan melayu lupa, ada lagi bangsa asal yang lebih berhak daripada ketuanan orang melayu. Ketuanan melayu terlalu ego dan sombong kerana ketuanan melayu lebih bertamadun dari ketuanan asal.

Ketuanan melayu sememangnya kejam terhadap ketuanan asal. Ketuanan melayu bertindak merampas tanah ketuanan asal melalui Jabatan Tanah.

Lebih kejam lagi, sudah lah tanah tempat tinggal ketuanan asal ini dirampas, tanah perkuburan pun tidak terkecuali. Macam zionis pun ada.

Jabatan Tanah Pahang perlu patuh dengan apa yang ada dalam deklarasi PBB berkenaan hak-hak orang asal. lebih kurang macam kisah red indian, bertindak kejam ke atas hak tanah orang asal. Zionis pun lebih kurang juga.

Teruskan berdemo ketuanan asal Paya keladan, Pasu dan Penderas Pahang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template