Monday, December 15, 2008

Isu tarif air yang tak selesai-selesai



Oleh Tempe Goreng

Sudah sekian lama isu tarik tali diantara kuasa pemilikan aset pembekalan air di negeri-negeri pembangkang menjadi bahang dan memualkan. Manakan tidak dari isu Kerajaan negeri selangor di bawah pembangkang yang sudi memberi 20 liter padu bekalan air bersih pertama percuma kepada penduduk selangor. Sekarang isunya pula jika tidak menyerahkan segala aset pembekalan air yang di bawah kawalan kerajaan negeri selangor maka rakyat selangor akan dibebani tarif harga air bersih yang meningkat sehingga 47 peratus.

Kenyataan dari menteri berkaitan air Malaysia yang tidak semegah iaitu Saudara Shaziman Abu Mansor sendiri menyatakan jika kerajaan negeri selangor terus berdegil tidak menyerahkan aset berkenaan maka pengguna selangor akan merana dan mendapat kerugian berganda dalam bentuk pembayaran bil bulanan. Dalam yang tersiratnya, seolah-olah isu tarif harga air ini dimanipulasikan oleh pihak kerajaan persekutuan bagi menghimpit sumber kewangan dan kaedah pengurusan air yang dipraktikkan dengan baik setakat ini oleh pihak pembangkang PR di selangor.Isu ini dimainkan bagi menarik sokongan rakyat yang muak dengan BN dan UMNO dahulunya menarik kembali, dimainkan bagi merosak imej kerajaan negeri PR, dimainkan bagi memperdaya orang awam bahawa isu air adalah isu memberi keperluan utama rakyat dan dimainkan demi politik sampah secara tidak gentlement oleh puak-puak UMNO.

Kita rakyat kebanyakan yang mengharap keadilan bukan ketuanan yang membabi buta seperti UMNO. Pendek kata segala permasalahan pokok atau tidak akan menjadi perkara penting dalam sebuah negara yang lebih-lebih lagi rakyatnya berbilang bangsa.Jadinya, salahkah kerajaan PR selangor membela rakyat?
Salahkah Shaziman menaikkan harga tarif air sebanyak 47% demi memenangi hati pengerusi Syabas Datuk Rozali Ismail?
Salah siapa... dan siapa yang membela rakyat dan siapa yang membela kroni??

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template