Sunday, December 28, 2008

Islam dipersenda di Malaysia



Oleh Tempe Goreng

Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam menurut dakwaan UMNO parti dominasi Melayu yang majoritinya beragama Islam. Perlu kita ingat Islam yang didambakan UMNO itu adakah dari segi nama sahaja atau amalan dalam tadbir dan urus negaranya. Kalau setiap kita ini buka hati dan minda pasti kita merasakan Islam yang diamalkan oleh Melayu di Malaysia ini sangat mendukacitakan. Dukacita kerana Melayu hero dan juara bagi setiap aspek permasalahan gejala penyakit sosial dalam statistik saban tahun. Melayu ini Islam bukan? Melayu ini majoriti Islam bukan?

Semasa konfrontasi dan beberapa siri demonstrasi anjuran cawangan mahupun bahagian UMNO terutamanya di Negeri Selangor kita mesti ingat akan sepanduk haiwan yang haram dimakan yang menghina PAS beserta Islam.
Adakah begitu orang Islam dimana UMNO yang ditunjangi Melayu beragama Islam menghina agamanya sendiri?!!
Kita merasa terpilu dan terlalu sedih dengan perkara ini.
Apalah yang orang-orang UMNO dan BN telah fikir terutamanya mereka yang Melayu,Islam dan masih sujud 5 kali sehari semalam menyembah Allah.
Adakah prinsip dan ketaatan melebihi agama. Agama Islamlah sepatutnya menjadi guideline atau batas cara dan tindakan dalam kehidupan mereka ini.
Ternyata sungguh terhina sekali agama Islam di Malaysia dan Islam Hadhari terbukti tidak membela Islam kerana ia hanya membela UMNO dalam sekadar prinsip beragamanya.

Rakyat Malaysia berbangsa Melayu ibarat hidup segan mati tidak mahu. Kehidupan beragama di Malaysia masih hidup dengan baik tetapi tidak terjaga dengan baik dan terurus. Contohnya, adanya sistem pungutan zakat yang dikutip setiap tahun namun orang beragama Islam dan Melayu mahu berniaga tidak dibantu. Sedangkan mereka ini pun berjuang di jalan Allah menyemarakkan ekonomi Umat Islam di Malaysia. Sebaliknya sesetengah dari mereka ini rela menggadai nyawa meminjam along. Contoh lagi, para mualaf tidak kira apa bangsa sekalipun dibiarkan bersendirian selepas diislamkan. Sedih jika mendapat khabar berita orang-orang yang tergerak hati memeluk Islam kemudiannya tidak lagi menganggap Islam sebagai agama yang bagus dan baik. Mereka ini perlu dibantu dan ditolong kerana mereka ini saudara kita seislam.
Ibarat cubit peha kiri sakit peha kanan. Ibarat kata Rasulullah jika satu bahagian anggota badan maka seluruh anggota badan akan turut merasa sakit juga.

Hari-hari kita mengamalkan Islam dalam kehidupan sehari-harian kita.
Kita tiak amalkan islam mengikut had hari atau ikut suka hati aje.
Pilihlah parti memperjuang Islam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template