Thursday, December 18, 2008

harga minyak yang bacul !



Oleh Tempe Goreng

Harga minyak mahu turun lagi untuk kali yang ke tujuh dalam tempoh 1 tahun selepas kenaikan pada Jun 2008. Setakat ini harga telah turun dan bagi RON 97 atau petrol tanpa plumbum adalah sekitar RM1.90 seliter manakala bagi RON 92 atau petrol dengan plumbum adalah sekitar RM 1.80 seliter.

Selepas sahaja mengisi minyak di pam-pam minyak terpilih saya begitu terpana dan terkesima alangkah banyak kuantiti minyak yang dapat saya pam. Berbanding dengan kenaikan mendadak yang gila babi dulu RM 2.70 seliter petrol RON 97 dengan harga seliter sekarang iaitu RM 1.90. Secara matematiknya, RM 10 ringgit dapat membeli 3 liter sahaja pada harga 2.70 seliter tapi sekarang saya akan dapat lebih kurang 6 liter untuk harga yang sama. Wah... nampak bertambah kuantitinya ye.

Tapi tahukah kita semua harga minyak di pasaran dunia sekarang ini. Pasti tak ramai yang ambil pusing sangat harga minyak di pasaran dunia terutamanya yang diperdagangkan di pasaran saham dan modal di Amerika. Selain itu permintaan, kuantiti jumlah tong yang digali dari perut muka bumi oleh syarikat-syarikat minyak, kemungkinan peperangan di timur tengah dan sebagainya lagi.Tapi yang pasti harga minyak dunia juga terdedah oleh konspirasi dan manipulasi secara bebas sistem ekonomi kapitalis amerika yang menindas.

Harga minyak dipasaran dunia sekarang adalah sekitar 43-45 dolar setong diniagakan. Dahulu kenaikan pernah mencecah 100 dolar lebih setong. Jadi, sekarang ini kita berhak untuk mendapatkan harga seliter minyak dengan harga yang lebih rendah sebenarnya. Tapi kerajaan BN lah yang pandai manipulasi harga minyak untuk pasaran domestik bagi meraih keuntungan berganda-ganda setiap bulan. Hasilnya, Petronas akan menghasilkan keuntungan yang sangat-sangat cemerlang. Keuntungan yang membuak itulah diambil dengan rakus oleh kerajaan Barang Naik bagi memenuhi kepentingan dan selera nafsu besar mereka.

Mengapa bacul ??
Harga minyak tak perlu harga lantai atau syiling waima harga dinding. Tak perlu harga penurunan ditentukan. Kalau dulu kerajaan pandai kata harga minyak domestik perlu selaras dengan harga minyak di pasaran dunia. Sekarang Shahrir Si seposen punya idea mengatakan perlunya harga diselaras atau ditentukan awal-awal dengan harga ditentukan adalah tanda aras setakat mana harga itu habis akan turun. Harga minyak sedunia yang murah sekarang adalah ibarat satu kuasa yang dimainkan oleh pedagang-pedagang atau pengeluar minyak sedunia. Jangan kita menganggap minyak dipam dan dikeluarkan dengan kuantiti yang lebih banyak untuk sekarang ini. OPEC atau pertubuhan pengeluar minyak sedunia sendiri mengatakan akan mengurangkan bilangan tong minyak sehari yang akan digerudi dari perut bumi. Menurut beberapa pendapat pakar-pakar ekonomi kapitalis dari Amerika menyatakan trend penurunan yang berlaku jika terus berlaku akan memadam dan menghapus industri berasas cecair bendalir minyak ini. Ia juga tidak bagus untuk ekonomi yang proaktif katanya.
Apa pun pandangan masyarakat dan pakar-pakar sedunia akan penurunan harga minyak ini marilah kita menyatakan syukur dan tahmid ke atas nikmat dari NYa. Tanpa Maha Penyayang dan KasihNYa maka Malaysia dan masyarakat sedunia pasti mengalami krisis global yang akan menghancurkan pelbagai institusi ekonomi secara keseluruhannya. Pastinya ini adalah petunjuk kepada kegagalan sistem kapitalis dan pendominasian dalam ekonomi yang menindas dan tidak adil.

1 comments:

Anonymous said...

UMNONGOK kalau tak de minyak mau kurus rosmah..itu la lubuk duit, bila lagi nak saapu duit rakyat..yang bodoh rakyat malaysia..terutamanya ahli2 UMNONGOK pilih pemimpin spesis yg mcm anak toyo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template