Monday, December 15, 2008

Harga minyak turun lagi.



Oleh Tempe Goreng

Harga minyak turun lagi tapi harga barang tetap tak turun. Harga tarif elektrik, tarif air, harga gas memasak dan barangan kawalan masih tetap tinggi. Dahulunya kenaikan disarankan kerana kenaikan harga minyak yang memungkinkan kos pengangkutan dan sebagainya. Kini, Umno dan BN kerajaan persekutuan sekarang sungguh terlampau lembab dan lambatnya dalam memerangi dan menegaskan kenaikan barang sepatutnta diturunkan ke tahap sewajarnya. Tambah lagi pemimpin utamanya dipelopori oleh PM yang sentiasa tak cukup tidur.

Harga minyak turunlah lagi namun Dato` Shahrir dan Dato`-Dato` UMNO dan YB-YB BN tetap menyimpulkannya sebagai penurunan yang mementingkan kebajikan rakyat katanya. Kenajikan taik kucing adalah kata kita semua. Semua orang sekarang merungut. Kerajaan tidak sepadan dengan manifesto BN seamat aman dan makmur dahulu. Janjinya sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Apatah lagi sekarang ini segala macam perkara berdasarkan perubahan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Tapi apabila penurunan di pasaran minyak dunia harga barangan ini segan mahu turun kembali kepada harga yang lama atau asal atau lebih berpatutan dengan trend penurunan harga minyak.

Apakah ini Dato` Shabery masih mahu mengatakan UMNO dan kerajaan persekutuan BN terlalunya berkebajikan dan subsidi minyak sanatlah merugikan negara. Lihatlah jika subsidi itu ternyata tidak membantu mengimbangi kestabilan ekonomi dan inflasi negara pada keseluruhannya. Kadar inflasi dalam negara setakat ini juga kekal pada paras 7.5% hingga ke paras 8%. Suatu kadar yang menjelaskan kepada kita ekonomi kita akan kuncup dan kurang berdaya saing berbanding Singapura, Vietnam dan negara-negara membangun yang lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template