Friday, December 5, 2008

Harapan tinggal harapan

OLEH KERETABURUK


" Saya ada idea baru, kita tawan Sarawak"





PAS bisu, DAP senyap, PKR bunyi - harapan baru.

Malaysia baru, harapan ini bersandarkan kepada Anwar Ibrahim. Anwar pelakar plan harapan baru. 'Harapan' baru. Rakyat kena jelas bahawa itu hanya harapan, bukan nya akan berlaku.

Seperti cakap-cakap budak sekolah, "harap2 cikgu mamat tak datang hari ini" bandingkan dengan " cikgu mamat tak akan datang hari ini" Jadi rakyat jangan mengharap.

Hari ini, Anwar Ibrahim memalu gendang perang sekali lagi. Langkah seterusnya tawan Sarawak. Bagaimana dengan penaklukan Sabah? iaitu berkenaan ahli parliman sabah yang ingin berhirah ke Pakatan Rakyat. Menggunakan permikiran waras budak tingkatan dua, secara metaforanya bagaimana askar jepun hendak menawan negeri terengganu, pahang dan negeri-negeri berikutnya jika tidak menawan dahulu Kota Bahru.

Apakah kesan 'Harapan Baru' yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat?

Rakyat yang berada di kelompok golongan sederhana atau miskin sedar bahawa harapan baru yanh dibawa Anwar akan mengubah hidup mereka. Harga minyak diturunkan lebih rendah. Harga barang keperluan murah. Segala cukai yang mengcekek mereka selama ini dimansuhkan. Ada gaji minimum dan cola bagi swasta pun dapat. Ini semua akan membantu mengubah cara hidup mereka.

Mereka yang berkeadaan miskin ini sangat berharap.

Tiba-tiba, harapan baru yang dipalu selama ini tidak ada, tidak jadi, tangguh, maka berkecai lah harapan mereka kerana apa yang mereka harapkan, yang akan mengubah nasib hidup mereka tidak berlaku.

Kesan kepada orang senang atau kaya. Harapan baru itu jadi atau pun tidak berlakang kira. Sebelum jadi pun senang, selepas jadi lagi senang.

Hari ini sarawak, esok Putrajaya. Seperti kata-kata Anwar dalam kongres nasional tahunan keadilan " langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang". Bagaimana strategi ahli parliman sabah yang ingin berhijrah? bukankah strategi itu dulu yang dipalu.

Saya masih inggat minggu pertama liputan meluas kes liwat 2 Anwar, Awar berkata hendak mengumumkan 4 ahli parliman melompat yang akan diumumkan pada hujung minggu tersebut. Tiba-tiba, PM Dolah minta dedahkan ahli parliman yang hendak lompat parti. Anwar sebaliknya pula bertindak tidak akan dedahkan, kerana faktor keselamatan.

Akhirnya, nasib rakyat begitu jua...cukuplah mainkan perasaan rakyat.

1 comments:

jamaludinmdisa on December 11, 2008 at 10:47 PM said...

singgah sebentar ke blog tuan. dan menjemput ke blog saya. jika tiada keberatan sisipkan boleh saya ke blog tuan.

http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template