Wednesday, December 17, 2008

Fobia islam

OLEH KERETABURUK


Mengenai tayangan video sajak kematian. Saya telah mengemukakan 3 soalan.

Berdasarkan falsafah pendidikan negara, objektifnya adalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis merangkumi emosi, jasmani, rohani dan intelek.

soalan 1

Berdasarkan isu ustazah menayangkan video sajak kematian dalam pengajarannya. Adakah tindakan ustazah itu menggunakan sajak kematian itu satu tindakan yang salah atau tidak tepat?

soalan 2

Dalam pendekatan islam seperti ibnu khaldun atau al ghazali berkenaan perkembangan individu dilihat keseluruhan aspek diri termasuklah nafsu. Mengingati mati membuatkan hati kita lembut. Adakah benar kanak-kanak menonton video tersebut, dimana kanak-kanak itu akan sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan, benarkah? bukankah kita diseru mengingati mati.

soalan 3

Pendekatan perkembangan individu Jean piaget mahupun Skinner berkenaan video tersebut bagaimana? jika berdasarkan pendekatan sarjana islam, video tersebut sesuai untuk didikan

Jawapan yang dikemukakan oleh seseorang yang terlibat dengan perancang kurikulum, secara kesimpulannya...

Bergantung kepada siapa yang menontonnya. Dalam konteks didikan awal, sebenarnya tidak ada masalah, tetapi kebanyakan kita melihat dari perspektif Barat yang kononnya ada unsur momokan dan indokrinasi. Sebab rata2 masyarakat Barat melihat kehidupan sebagai pemupukan fizikal menolak roh. Sebab itu mereka hidup dalam suasana tunggang langgang kerana tiada keseimbangan anda fizikal dan rohaniah. Jadi kita bagaimana?

Tidak semua pandangan Barat itu betul, kita perlu berfikir dan memikirkannya dalam konteks kehidupan beragama kita!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template