Monday, December 15, 2008

Bukit Antarabangsa



Oleh Tempe Goreng

Ibarat sudah terhantuk baru terngadah

Pembangunan di tanah tinggi terutamanya di kawasan yang bercerun lebih 27 darjah adalah amat membahayakan nyawa. Lebih-lebih lagi kawasan itu mungkin berdekatan dengan bukit yang langsung tidak mempunyai pokok-pokok bagi menyerap air dan memasak tanah yang mudah menggelungsur turun. Bukit adalah tempat dimana air diserap dan pokok-pokok berfungsi sebagai penampan kerapuhan tanah. Selain itu air terjun juga mengalir dan datang dari tempat yang tinggi samaada bukit atau tanah tinggi gunung. Jadi, kesilapan dan sifat ketamakan manusia termasuk MPAJ sebagai PBT terlibat, badan-badan berkaitan pembangunan, kementerian perumahan dan kerjaan dan tempatan, kontraktor, pemaju kawasan perumahan, pelobi-pelobi termasuk politikus dan sebagainya lagi.

Kejadian yang sentiasa ada berlaku saban tahun kalau tidak pun beberapa tahun kebelakangan ini. Kekerapan kejadian tanah runtuh dilereng jalan di Genting Highland dan Cameron Highland misalnya juga patut diambil iktibar. Selepas dipenghujung tahun musim hujan yang sentiasa mencurah-curah maka tanah-tanah tinggi atau bukit yang telah pun digondolkan sedia untuk menggelungsur. Manusialah yang sentiasa terlupa dan hanya memeikirkan keuntungan dan cara hidup yang tanpa bermasyarakat.

Sikap PBT iaitu MPAJ sendiri yang tidak memberi kata putus dengan menimbang untuk melarang atau tidak meluluskan projek-projek tanah tinggi sepatutnya sudah boleh berubah. Jangan hanya bertujuan mendapatkan laba yang tinggi tetapi nanti bilangan yang menjadi mangsa pun tinggi.

Kerajaan negeri yang lepas pimpinan Khir Toyo yang gemar makan tempe goreng sepatutnya insaf dan akur. Tetapi anak Toyo berani mengatakan kerajaan kinilah yang salah sebenarnya. Samalah ibarat meludah ke langit tetapi kena muka sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template