Friday, December 5, 2008

Apa punca sebenarnya banjir di sekitar teluk ketapang?

OLEH KERETABURUK


Banjir di Kg Teluk Ketapang dan sekitarnya mulai surut. Apakah sebalik ceritanya mengenai banjir di Kg teluk Ketapang yang terburuk dalam tempoh 22 tahun yang dialami oleh penduduk sekitar di sini. Apa punca sebenarnya banjir di sekitar kg Teluk Ketapang?

Ketika kejadian banjir berlaku, paras air naik begitu cepat. Dapat dilihat ketika waktu 3.30 pagi, ketika itu paras air meningkat secara mendadak. Kejadian air meningkat secara mendadak berlaku dalam masa dua hari berturut-turut dan berlaku pada waktu yang yang sama. Adakah disebabkan kejadian air laut pasang ketika waktu itu? Tapi kawasan sekitar kampung ini agak jauh dari pantai.

Mungkin juga, kerana tambakan tanah untuk pernambahan keluasan lapangan terbang untuk pendaratan kapal terbang. Penambakan tanah ini agak jauh juga ke arah laut. Jangan pula nanti berlaku seperti panatai Sabak di kelantan. Mungkin juga disebabkan pembinaan stadium baru disitu. Tapak asal stadium tersebut adalah kawasan lembah belukar ditumbuhi pokok-pokok yang sebelum ini membantu bertindak seperti span memegang air. Kini kawasan itu adalah lapangan simen dan tar yang luas. Yang menghairankan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Kg ini, setiap tahun sering mengalami banjir seperti penduduk yang tinggal berhampiran dengan paya tidak pula berlaku banjir.

Secara pemikiran akal waras, projek-projek pembangunan di sekitar Teluk Ketapang antara punca banjir luar biasa tersebut. Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional lebih membawa faedah kepada mereka. Ya, sememangnya pembangunan itu untuk rakyat, tetapi pembangunan hendaklah melalui cara yang betul dan selamat untuk rakyat. Jika sebaliknya, tiadalah berlaku banjir kilat, tebing runtuh, jalan runtuh, tanah bukit hempap baglo, MRR2 nak runtuh. Kroni senang, rakyat susah. Sesuatu pembangunan itu ada kalanya menyusahkan rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template