Saturday, November 22, 2008

Tolonglah turunkan harga barangan

Dah 4 kali harga minyak turun: Pak Lah
“Tolonglah turunkan harga barang … kata Shahrir”.
Ibarat …Meludah ke langit tapi kena muka sendiri…


Oleh Tempe Goreng


Sejurus selepas keputusan kerajaan Pak Lah menurunkan harga minyak pada kali ke 4 para peniaga, pemborong, orang tengah, penyedia perkhidmatan diminta turunkan harga turunkan kadar caj semasa. Kadar penurunan yang agak banyak dengan jumlah penurunan sebanyak 15 sen, diikuti 10 sen, 15 sen dan 10 sen lagi. Cuba bandingkan dengan teliti kadar kenaikan mendadak atau menyentap dan mengejutkan sebanyak 78 sen dan 80 sen harga seliter minyak. Semasa mula-mula dinaikkan rakyat tidak ada pilihan selain wajib melalui hari demi hari dengan kos hidup yang meningkat. Biarpun hidup di kampung keperitannya dapat dirasakan begitu sukar sekali. Walaupun begitu kenyataan tak bertanggungjawab YB Aziz yang berkata keputusan kerajaan menaikkan harga minyak merupakan keputusan menang dipihak kerajaan dan menang dipihak rakyat. Ini dilihat seperti mengikut sahaja. Itulah sistem feudal tanpa boleh memberi pendapat yang berbeza demi menghasilkan keputusan yang lebih baik lagi.
Beberapa peristiwa disebalik kenaikan harga minyak yang sebegitu besar itu kepada rakyat antaranya ialah
1. pengecilan operasi sesebuah syarikat dengan pemberhentian pekerja,
2. pemberhentian pekerja tempatan diganti dengan pekerja Bangla, Indon, China, Vietnam, Myanmar, Filipina dan sebagainya lagi.
3. Pengeluar terpaksa melaksana dan menghadkan tempoh beroperasi bagi menyerap kos-kos yang meningkat serentak kenaikan harga minyak.
4. Harga beras, gula, tepung gandum, ayam, daging lembu dan berbagai lagi barang kawalan meningkat mendadak tanpa ada pemantauan yang cukup tegas sekadar melihat dari kejauhan sahaja.
5. Caj bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan meningkat 20-30 peratus dan ada yang meningkat lebih dari 50 peratus dan lebih lagi.
6. Meningkatnya dengan kadar yang cepat kadar inflasi dalam negara dari 4 peratus kepada 8 peratus. Satu beza angka yang sangat menjejas ekonomi dan melembabkan ekonomi Negara.
7. Rakyat peringkat bawahan dan sederhana sanggup bertukar kepada kenderaan motorsikal dari kereta kerana ingin memotong perbelanjaan bahanapi yang melampau menaik.
8. Kenaikan barangan makanan terutamanya ikan sebagai sumber protein rakyat Malaysia menafikan kesihatan, sumber makan yang baik dan berzat untuk keluarga. Maka, makan telur ajelah dalam seminggu 2-3 kali.
9. Kadar permintaan bagi penawaran terhadap perkhidmatan dan ekonomi Negara bergerak dalam kadar yang rendah dan lembab kerana rakyat tidak lagi mampu berbelanja dengan kerap.
10. Bagi sesiapa yang menjadikan teksi sebagai alat pengangkutan alternatif sukar menerima hakikat kadar tambang yang akan dinaikkan dan dinaikkan lagi baru-baru ini.
Adakah Shahrir tahu rakyat sekarang berkira-kira menanam ubi dalam jumlah yang banyak bagi menggantikan beras yang mahal. Mahal kerana kerajaan sendiri tidak ada usaha menurunkan harga dan memantau secara serius apa yang dimainkan oleh pengeluar dan orang tengah. Kerajaan Pak Lah dan Menteri Shahrir atau UMNO-BN hanya diam-diam, tidak cepat dalam mengambil langkah proaktif membendung kenaikan barangan makanan setiap tahun atau setiap kali musim perayaan. Ini menyebabkan para pengeluar memanipulasi harga dan mengeksploitasikan keadaan semasa. Ini belum diambil kira dari segi kenaikan minyak yang pada kira-kira ekonominya kenaikan adalah perlu seiring dengan kenaikan harga minyak sebagai bahanapi pengangkutan.
Bukan sahaja Menteri Shahrir atau juga menteri 15 sen ni sahaja malahan Pak Lah Badawi pun sama merayu dan meminta sahaja diturunkan harga barangan / perkhidmatan. Tapi itulah Shahrir, Pak Lah dan UMNO mencerminkan ketegasan kerajaan dalam mengawal harga teruatamanya barangan terkawal boleh diperkotak-katikkan atau dimain-mainkan sahaja. Satu perkara lain, apa yang Pak Lah fikir apabila kata 4 kali penurunan harga minyak patut harga barangan diturunkan. Kementerian KPDN HEP Shahrir tak buat kerja maksudnya kan.
Moral : Perlu ke merayu?
Moral : Shahrir patut dapat anugerah penyapu dari Khir Toyo. Eh, dari Pak Lah sendiri.
Moral : Jangan ikut perangai pemimpin UMNO dan BN tau.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template