Tuesday, November 25, 2008

Tariff elektrik masih steady


Tarif Elektrik Kekal

Sumber: Utusan Online

PUTRAJAYA 25 Mac – Kerajaan akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak dan gas tidak berubah, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, apa yang penting bagi kementerian sekarang ialah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

“Ini yang akan kita perkenalkan iaitu bagaimana menguruskan permintaan bekalan elektrik dan meningkatkan keberkesanan penggunaan elektrik,” katanya.

Shaziman bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik kepada beliau di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa harga bahan api dan gas sedia ada dikekalkan.

Oleh Tempe Goreng

Menteri berkaitan dengan sumber tenaga elektrik Malaysia berkata disebabkan IPP atau penjana bebas juga penjana-penjana untuk TNB menggunakan gas dan arang batu maka tarif harga elektrik tidak akan diturunkan. Ini kerana tambahnya lagi gas tiada kaitan dengan kadar penurunan atau trend penurunan harga minya dunia sekarang. Pandai cakap pandai buat alasan. Jadi katanya lagi tak perlulah adanya penurunan harga tarif elektrik buat masa sekarang. Gas tu tak sama ke dilombong dan didapati dari perut bumi sama seperti petroleum juga. Sebelum dapat mencapai hasil petroleum biasanya pelantar gerudi carigali minyak akan dapat gas dahulu. Sebab itu pelantar minyak akan mengeluarkan gas dan dibakar seperti unggun api di pelantar.

Ada seorang kenalan yg bekerja di Petronas berkata kalau gas yg dijumpai tak dibakar ia akan mendatangkan berbahaya kepada proses penggerudian minyak dan pelantar gerusi juga. Tapi menurutnya lagi gas tu sangat-sangat berharga dan mahal nilainya kerana jika dibakar begitu sahaja maka penggunaan yang sepatutnya tidak dapat memiliki faedahnya. Oleh itu katanya lagi, petronas sedang giat menjalankan pengubahsuian supaya gas yang dibakar dapat dikumpulkan dan diedarkan kepada pengguna-pengguna domestik. Gas sebagai keperluan memasak di Malaysia.

Satu lagi, gas dan petroleum didapati dari telaga minyak yang sama. Jadi kenapa dakwa gas dan petroleum minyak tidak sama. Adakah lombong gas di lombong telaga yg lain? Adakah lombong petroleum di telaga minyak yang lain? Industri petroleum sendiri bermaksud kegiatan perlombongan dan carigali sumber minyak dan gas. Sumber minyak dan gas ini digali menggunakan pelantar yang biasanya digerudi sehingga menjumpai telaga yang mempunyai simpanan minyak. Simpanan minyak yang mengandungi gas bersamanya. Disitulah gas didapati.

Shaziman ABu Mansor ni adalah menteri yg cetek andaiannya terhadap masyarakat yg dok memerhati dan meneliti butiran penjelasannya. Rakyat dah bijak pandai. Tapi bukanlah mencari yg salah tetapi lebih kepada personaliti pemimpin UMNO ni yg tipu. Nak memperbodohkan orang lain dengan menganggap perkara yang sepatutnya padahal sekarang ini maklumat dihujung jari.

kadar tarif harga elektrik perlu disemak dan sekurang-kurangnya dikembalikan kepada tarif harga yang asal. INi supaya golongan miskin dan sederhana mengimbangi ekonomi dan kelembapan ekonomi negara kini dapat dimangkinkan lagi. Pemangkin kepada industri dan IKS yg memerlukan sumber tenaga elektrik.

Mungkin pemimpin UMNO ni hanya gah di kampung tetapi apabila diajak berdebat menegakkan pegangan masing-masing maka tunduk dian seribu bahasa.

1 comments:

Tonggak Engineering & Maintenance Sdn Bhd on July 10, 2012 at 6:26 PM said...

ciptaan anak melayu tidak dihargai dalam membangunkan mesin kompressor untuk mengurangkan pembakaran gas dipelantar minyak. anda boleh melihat ciptaan anak melayu ini di internet dengan mudah. cuma "klik" LPS Compressor. berilah sokongan kepada anak melayu kita untuk mengembangkan idea dan teknologi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template