Tuesday, November 25, 2008

Tarif Elektrik Kekal



Sumber: Utusan Online

PUTRAJAYA 25 Mac – Kerajaan akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak dan gas tidak berubah, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, apa yang penting bagi kementerian sekarang ialah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.
“Ini yang akan kita perkenalkan iaitu bagaimana menguruskan permintaan bekalan elektrik dan meningkatkan keberkesanan penggunaan elektrik,” katanya.
Shaziman bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik kepada beliau di kementerian itu di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa harga bahan api dan gas sedia ada dikekalkan.


Oleh Tempe Goreng

Harga tariff elektrik akan naik apabila minyak naik. Tapi tarif harga elektrik tidak akan turun jika minyak turun. Itulah kenyataannya. Ia adalah hakikat dan memang sepatutnya rakyat rasa tertipu dan diperbodohkan oleh kerajaan UMNo yang baghal ini. Apa makna Selamat, aman dan makmur manifesto yg dibawa oleh kerajaan BN Pak Lah tempohari???????

Kadar kenaikan minyak tempohari sudahpun turun ke tahap yang stabil bagi pemberiaan subsidi yang dalam situasi memang menang. Tapi kerajaan BN yang bodoh memperjelaskan isu semakan semula harga tarif elektrik sebagai tidak perlu.
Jadi, PRU akan datang tidak perlulah kita pertimbangkan lagi lambang dacing dan keris merah lagi yang racist melampau.

Apakah susah nak diterima oleh pemimpin UMNo dan BN akan penurunan yang sewajarnya dilakukan. Demi rakyat yang kurang kemampuan dan gusar memikirkan penggunaan elektrik yang tinggi dan kesan ekonomi yang lembab dan juga kesan berantai harga barangan sekarang ini.

Sekarang ini kesan berantai tidak terbendung lagi. Harga barangan makanan terkawal tidak dikawal dan dipantau. Kenaikan berlaku secara langsung dan adalah hakikat pada waktu ini. Tarif elektrik pula menjadi penambah bebanan lagi kepada keluarga yang menggunakan elektrik sebagai keperluan asas sebagai penggerak aktiviti keluarga mahupun ekonomi. Tetapi berhadapan bil bulanan yang mnelambung lebih dari 20% mana mungkin ekonomi dapat dijana dengan sebaik mungkin.

Jadi, kita perlu ambil langkah yang proaktif dan efisien iaitu memangkah PAS, Keadilan, DAP dan PR pada PRU 13 tahun 2013 kelak. Semoga dengan itu UMNO akan menjadi pembangkang yang berkesan. UMNO tidak boleh menjadi pemerintah yang berkesan kerana tempoh masa yang lama telah digunakan oleh mereka adalah masa untuk mengumpul harta kekayaan dan wang sahaja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template