Sunday, November 2, 2008

Subsidi untuk Kerajaan BN

OLEH KERETABURUK


Shahrir berpendapat pada tahun hadapan sistem pemberian rebet akan ditukar tukar kepada sistem yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat. Shahrir mendapati bahawa dari maklum balas orang ramai, mendapati ramai yang tidak menyukai pemberian rebet tersebut, ramai tak setuju, ramai tidak menghargai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Kalau lah beruk seumpamanya boleh memahami apa yang diperkatakan oleh sharir hari ini pasti di balingnya sharir dengan buah kelapa. Iya betul, ramai tidak setuju dengan pemberian rebet tersebut, ramai juga tidak menyukainya dan ramai juga tidak menghargai usaha kerajaan itu kerana jumlah rebet yang diterima oleh rakyat adalah tidak setimpal dengan kesusahan yang telah dialami oleh rakyat yang menanggung sengsara dengan kenaikan minyak yang melampau oleh kerajaan pada bulan jun yang lalu.

Kini, rakyat diluar sana tidak langsung menyukai, tidak setuju dan tidak menghargai langsung usaha kerajaan itu. Kini rakyat terpaksa memberi subsidi minyak kepada kerajaan BN bukan kerajaan BN beri subsidi minyak kepada rakyat kerana harga minyak dunia turun manakala harga minyak di pam masih tinggi. Harga minyak sehingga kini 02.11.08 US dollar 67.81.

Lagi kerajaan menyusahkan rakyat.Subsidi benih padi dihentikan dan pembekalan benih padi diambil alih oleh pihak swasta. Kenapa begini jadinya dalam keadaan kelembapan ekonomi yang tidak menentu. Betul kata petani tua di berita tv3 hari ini " kerajaan sepatutnya membantu petani,nelayan pula kerajaan dapat beri subsidi minyak, bagi pertani langsung tidak ada subsidi, dengan keadaan sebegini bagaimana kerajaan mahu mengangkat golongan petani berada di golongan pertengahan ". Atau tindakan kerajaan ini merupakan balasan kepada rakyat yang menyokong PR pada PRU12 yang lalu kerana jelapang-jelapang padi utama negara terletak di negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat


Lihatlah apa yang telah kerajaan perlakukan terhadap rakyat. Sepatutnya kerajaan membantu golongan seperti ini. Tidak menghairankan jika harga barang naik disebabkan tindakan kerajaan seperti mana penarikan subsidi benih beras tersebut. Jelas, undi BN Barang Naik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template