Saturday, November 22, 2008

Rakyat asing patut bayar lebih mahal.





Oleh Tempe Goreng

Rakyat Singapura dan Thailand adalah rakyat asing yag kerap melintasi sempadan Negara kita. Mereka ini umpama belangkas, parasit, virus dan penumpang perumah yang proaktif. Lihat sahajalah berbaris-baris dan berduyun-duyun mereka masuk melalui tambak johor dan pintu masuk di Utara tanahair kita. Adakah kemasukan mereka ini benar-benar menjamin pengaliran matawang asing yang baik untuk kestabilam matawang dan ekonomi Malaysia?? Di Singapura harga minyak bagi setiap liter petrol RON 92 unleaded dan RON 97 leaded adalah disekitar 4.00dolar singapura . Begitu juga di Thailand yang harga minyak seliter sekitar 40-50 baht atau 4-5 ringgit Malaysia.
Dulu sebelum kenaikan minyak sebanyak 78 sen ada perkhabaran yang mengatakan warga asing tidak akan diberikan lagi kemudahan untuk mengisi minyak di Malaysia dengan harga yang sama dibayar oleh rakyat Malaysia. Mereka perlu tunjukkan passport atau kad pengenalan kewarganegaraan mereka sebelum dibenarkan mengisi dan membeli minyak di Malaysia. Termasuk semua pam-pam minyak Shell, Petronas, Mobil, Esso, BHP, Exxon dan sebagainya lagi. Namun, akibat takut akibat dan salah ilmu ekonomi Pak Lah sewenang menaikkan minyak untuk dinikmati semua rakyat Malaysia. Padahal Rakyat asing dari Singapura dan Thailand inilah pelancong dan pelawat yang keluar masuk secara sah menyeludup petrol dan diesel. Itu belum lagi dikira dari aspek lain seperti pemanduan melebihi had laju terutamanya pemandu dari Singapura. Kerajaan pimpinan Pak Lah sekadar pejam mata masih lagi tak cukup-cukup tidur.
Sepatutnya perlulah dibezakan dari segi harga minyak yang dibeli. Ini kerana kerajaan beria-ia mengatakan terutamanya seperti ditegakkan benang basah oleh Menteri Shabery Cheek semakin tinggi subsidi diberikan semakin bertambah bebanan yang terpaksa dipikul oleh kerajaan membayar subsidi. Lantas apa sikap efisien dan proaktif kerajaan BN menangani kebanjiran rakyat asing yang masuk melalui tambak di selatan dan pintu masuk di Utara tanahair.
Moral : BN sapu duit rakyat !
Moral : Bn tipu rakyat !
Moral : BN penakut dengan kerajaan PAP singapura!
Moral : BN BN BN … Barang naik barang naik barang naik !!!
Moral : Jangan sokong BN lagi PRU 13 akan datang. Sokong PAS parti membela Islam dan Malaysia yang adil dan lebih harmoni. UMNO racist dan perkauman !

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template