Thursday, November 13, 2008

Racistkah kalau begini?



Oleh Tempe Goreng

Dalam menongkah badai dan ombak kuat demi keberterusan spesis yang dikenali sebagai UMNO anggup melakukan apa sahaja kuasa pemerintahan di Malaysia higga ke hari ini. Spesis Umno ini sanggup juga melakukan apa-apa sahaja sekalipun mencemar agama suci Islam. Agama Islam tetapi pengamalannya tidak semacam yang sepatutnya dipamerkan oleh Orang yang memeluk Islam atau Muslim. Manakan tidaknya setakat hingga ke hari ini adakah perkara-perkara di bawah ini bertambah baik, diperbaiki dan ditangani dengan jayanya oleh pemerintahan diterajui oleh spesis UMNO ini?
1. Mat rempit
2. Bohsia
3. Sex bebas
4. Pembuangan bayi
5. Rasuah
6. kebanjiran pendatang asing
7. Murtad atau keluar dari agama Islam
8. penagih dadah
9. minum arak
10.Judi / main nombor ekor
11.Aurat wanita / pakaian sexy oleh wanita
12.ekuiti 30% untuk bumiputera
13.Lepak / buang masa
14.Jenayah bunuh
15.jenayah peras ugut
16.Jenayah pecah amanah
17.jenayah merompak bank
18.Jenayah Pecah rumah
19.Hak melayu Islam / Orang Asli /Bumiputera Sabah Sarawak terbela
20.Pembalakan haram

Sekadar menyenarai 20 perkara melibatkan isu sepanjang pemerintahan Spesis UMNO. Senarai ini jika diikut akan lebih panjang lagi tapi cukuplah dulu membuat ulasan yang berkenaan di atas.

Dukacita bagi sesiapa yang berbanga Melayu dan beragama Islam. Sebenarnya Islam dan Melayu saling kaitan walau sebenarnya Islam bukan milik Melayu tetapi milik semua bangsa di dunia asalkan menganuti Islam termasuk Arab, India, Cina, Melayu, Turki dan sebagainya lagi. Waima Yahudi sekalipun.

Dukacita kerana apa?? Dukacita kerana spesis UMNO inilah yang menjadikan Melayu dan Islam terpalit malu yang besar kerana peratus atau populasi yang mendominasi di atas adalah dikalangan Melayu dan Islam. Malu kerana dengan fakta dan peratusan yang diketahui umum nanti akan mencerminkan disebaliknya. Masyarakat bukan Islam akan beranggapan, Oh, orang Melayu agama Islam pun ambil rasuah juga.. Rasuah itu budaya Yahudi, Nasrani dan Kafir yang tamak. Persepsi yang buruk ini dan sama dilakukan oarng yang bukan Islam akan menyebabkan dakwah Islam kepada bukan Islam di Malaysia sangat sepi dan sunyi.

Selain itu, lihat kenyataan dari mufti Perak Dato` Harussani Zakaria yang kecewa dengan UMNO dan BN dan bimbang dengan peratusan umat Islam yang ingin keluar dari agama Islam. Ini termasuklah kes-kes melangkaui batasan agama iaitu menukar agama orang melayu sendiri. spesis UMNO ini hanya duduk diam, goyang kaki dan sekadar berpuas hati dengan skor poin yang ada. UMNO PEMALAS ! UMNO DUDUK SAJA!
Dato` Zahid Hamidi mungkin ada kepentingan dsebaliknya kerana tidak serius dalam masalah ini. Walhal kelihatan seperti lantang je.

Seorang Adun dari Jasin yang spesis UMNO dan proksi BN telah dituduh dan didakwa gagal isytihar dan melarikan diri dari bayar cukai untuk kayu balak yang diimport dari Indonesia. Ini dari spesis UMNO juga. Nak buat duit tapi tak nak bayar cukai. Kalau orang bukan dari kalangan spesis UMNO dah tentu dah dijailkan aje.

Kebanjiran pendatang asing melampau dari sepatutnya. Mereka inilah yang menghasilkan tinggi rendah corak data jenayah Malaysia. Kalau baca akhbar samaada Utusan Meloya, Berita Hairan, Metro, Kosmo, Sinar dan sebagainya pasti ada berita jenayah oleh warga asing. Tak kiralah peras ugut, ragut, pecah rumah, rompak bank dan sebagainya lagi. Diburukkan lagi dengan dasar kerajaan atau Kementerian Pelancongan yang memperkenalkan visa sebaik tiba di Lapangan terbang yang senang dipohon oleh warga asing apabila masuk ke Malaysia. Itu belum lagi pendatang asing yang masuk secara haram melalui laut, seberang Sungai Golok, guna visa pelajar dan visa melancong atau pelawat. Lihat musim perayaan akan wujudlah keadaan Indonesia Malaysia, Pekan Bangladesh, Myanmar city, Vietnam gathering dan sebagainya lagi. Kementerian berkenaan dari spesis UMNO dan BN buat apa?? Mereka ini duduk atas sofa dan dah rasa selesa tak nak fikir kebimbangan rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template