Friday, November 14, 2008

Kenapa pisahkan bangsa daripada bahasanya

OLEH KERETABURUK





PUTRAJAYA 14 Nov. – Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejas pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kenapa la ada pemimpin melayu sebegini rupa mempertahankan bahasa penjajah. Bersungguh benar si mamat berketurunan melayu pior ini mempertahankan bahasa inggeris. Di mana jati diri. Tak ubah seperti zaman orang melayu mengampu orang putih di zaman kolonial dulu. Yang memburukkan keadaan bila si mamat ini bercakap sampai tercabut gigi bersuara perjuangkan bangsa sambil menghala "kriss" ke langit tetapi mempertahankan bahasa penjajah dalam sains dan matematik.

Kenapa nak persoalkan subjek bahasa melayu? kenapa si mamat ni hendak ambil kisah pasal subjek BM? kenapa tidak ambil kisah terhadap subjek bahasa inggeris? sepatutnya perangai si mamat ini yang bersungguh-sungguh mahu menginggeriskan melayu patut ambil kisah percapai subjek bahasa inggeris.

Sepatutnya si mamat ini ambil tahu dahulu berkenaan percapaian subjek BI, bertambah baikkah percapaian subjek bahasa inggeris setelah dasar menjajahkan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik, sebab pelajar belajar bahasa inggeris dalam 3 subjek disekolah.

Bodoh sangatkah orang melayu mempelajari sains dan matematik dalam bahasa melayu? Adakah syarat untuk menjadi ahli matematik atau ahli sains seseorang itu perlu mahir dalam bahasa inggeris? Tidak iktirafkah seseorang itu yang pakar dalam matematik dan sains dalam bahasa melayu tetapi tidak dalam bahasa inggeris? Ada kisah benar seorang guru pakar fizik, tetapi malangnya disampahkannya oleh pelajar-pelajar di dalam kelasnya yang lebih mahir berbahasa inggeris kerana guru tersebut tidak mahir berbahasa inggeris. Memang tak ada guna lah guru tersebut setakat pakar dalam fizik tetapi tidak mahir berbahasa inggeris.

Di sini, bahasa inggeris sangat penting untuk mempelajari sains dan matematik. Dasar Kerajaan Barisan Nasional memaksa rakyat mempelajari subjek mengira dan sains dalam bahasa inggeris. Dasar menginggeriskan rakyat. Sedar tak sedar, orang putih ketawakan kita khususnya bangsa yang lemah seperti melayu. Jika saya orang putih, saya cukup bangga kerana bangsa asing memperjuangkan bahasa inggeris lebih-lebih lagi salah seorang pemimpin tertinggi dalam bangsa tersebut.

Kenapa mahu pisahkan bangsa daripada bahasa. Tak pernah dengar orang arab cakap kelantan? kalau diri itu tidak berasa bangga bila mana orang asing bertutur dalam bahasa kita, memang bangang orang itu.

1 comments:

ibnu amis on November 16, 2008 at 12:54 AM said...

KATA TUN ABDUL RAHMAN YAAKUB 'BIAR BAHASA DITANGANI OLEH AHLI BAHASA, BUKAN AHLI POLITIK' ...nak tambah sikit 'maksudnya PUAK POLITIK YANG TAK BERMARUAH TU', dahlah memalukan melayu, ditumpangnya juga heret nama Islam bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template