Thursday, November 13, 2008

Penyebar fikiran melayu

OLEH KERETABURUK


Majlis Veteran UMNO Kelantan akan mengemukakan usul penubuhan Tabung Membela Utusan Malaysia dalam perhimpunan agung peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Ipoh, Jumaat inI. Kata Datuk Rozali Isohak 'Akhbar ini perlu dibela dan terus disuburkan peranan dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam. Ia bukan sekadar akhbar tetapi sebuah institusi yang dikaitkan dengan kaumnya (Melayu),

Akhbar pun bersikap racist? bagaimana Utusan ini memainkan peranan sebagai penyebar fikiran rakyat? 'Rakyat' itu sendiri mewakili rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Kenapa tidak tukarkan sahaja slogan tersebut kepada 'penyebar fikiran melayu'?

Sebelum ini Pemuda UMNO Tenom akan membela akhbar utusan dari diboikot oleh pihak tertentu pada perhimpunan agong mac depan. "Akhbar ini banyak berjasa bukan sahaja kepada kaum Melayu tetapi juga semua kumpulan etnik bumiputera. Kami turut menganggap Utusan Malaysia sebagai suara kami"

Adakah akhbar Utusan berperanan hanya untuk golongan-golongan tertentu? Bukankah Utusan berperanan sebagai penyebar fikiran rakyat?.

1 comments:

Anonymous said...

penyebar fikiran umno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template