Saturday, November 22, 2008

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa penjajah






Oleh Tempe Goreng

Apakah Pencapaian Subjek Matematik Dan Sains, Murid-murid SJKC Di Bawah Formula
2-4-3 ?
Thursday, 21-09-2006
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM
KAWASAN : SEPUTEH
TARIKH : 21.09.2006 (KHAMIS)

SOALAN: Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah pencapaian subjek Matematik dan Sains, murid-murid SJKC di bawah formula 2-4-3. Apakah medium bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan Matematik dan Sains pada tahun 2008.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Status Pencapaian Murid untuk melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Pragram Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matermatik (PPSMI) sejak dilaksanakan pada tahun 2003. Dapatkan kajian tersebut menunjukkan bahawa prestasi murid termasuk di SJKC dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tidak terjejas. Dalam ujian yang dijalankan di bawah kajian tersebut bagi mata pelajaran Sains Tahun 3 pada tahun 2005, sebanyak 80.3% murid berjaya memperoleh markah 40% ke atas. Manakala bagi mata pelajaran Matematik Tahun 3 pula, sebanyak 53.1% murid memperoleh markah 40% ke atas.
Seperti perubahan yang dibuat ke atas mana-mana system, sudah tentu akan wujud beberapa kekangan di peringkat awal pelaksanaan. Begitu juga dengan PPSMI, kerajaan amat memahami kebimbangan sesetengah pihak terhadap kesan pelaksanaan PPSMI. Walaupun begitu, kerajaan telah mengambil keputusan dasar penggunaan bahasa Inggeris dan diteruskan, seperti yang diumumkan. Dalam hal itu, KPM akan terus memberi bimbingan dan bantuan melalui pelbagai insiatif, untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Berdasarkan usaha-usaha yang serdang dilaksanakan, KPM berkeyakinan bahawa pelaksanaan PPSMI akan berjaya dan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhotmat, berdasarkan keputusan dasar PPSMI dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Julai 2002, peperiksaan Awam peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM pada 2008 akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walau bagimananpun, medium bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan Matematik dan Sains pada tahun 2008 bagi SJKC masih dikaji oleh KPM.

Para YB UMNO dan BN yang berbangsa Melayu tak mahu tanya ke kadar peratusan dan cadangkan supaya Bahasa Melayu digunakan semula sebagai bahasa pengantar bagi Sains dan Matematik.??
Sedangkan bangsa Tionghua merasa bimbang kerana pelaksanaan PPSMI akan melupuskan kepentingan bahasa pertuturan mereka sehari-hari. Hari ini juga kita biasa mendengar budak kecik umur 3-6 tahun ak kira bangsa Melayu, Cina , India dan sebagainya bertutur dan bercakap menggunakan Bahasa Inggeris dengan lancar. Jadi pemimpin BN patut menilai bahasa pertuturan bukan bahasa pengantar dalam mempelajari sesuatu.
Bahasa pertuturan digunakan sehari-hari dalam kehidupan sehari-harian tak kiralah bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya lagi. Bahasa pengantar adalah bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi dalam medium tertentu sahaja. Tentu sukar kerana pilihan kita tidak tepat hanya kerana mahu maju seiring kita meninggalkan bahasa pertuturan kita zaman berzaman. Itu belum kira Utusan Zaman dan tulisan jawi yang dianggap simbolik orang Melayu dianggap ketinggalan zaman oleh para pemimpin UMNO dan Mahathir sendiri. Kita masih boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Negara atau bangsa lain yang lebih maju dengan cara bertutur bahasa sendiri ketika belajar dan bekerja.
Saya pernah berbual dengan seorang lelaki Cina yang tua. Lelaki CIna ini mempunyai sebuah kedai runcit dimana pelanggan utamanya adalah orang Melayu. Beliau sendiri mengatakan Bahasa Melayu penting kerana beliau sendiri menggunakannya bagi berkomunikasi dengan pelanggan berketurunan Melayu, India dan lain-lain. Lantas Bahasa Inggeris hanya medium yang terhad di Negara ini dan penggunaannya hanya ke atas sesuatu perkara yang memerlukan betul penggunaannya. Bahasa Melayu dipertuturkan meluas lagi kerana selain bahasa rasmi dalam perlembagaan Negara adalah bahasa melayu. Namun, UMNO dan BN sering mengabaikan penguatkuasaan dan tidak menghormati dengan baik. Malah pemimpin UMNO sendiri senang bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika ditanya wartawan baik dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Kebangangan dan kebebalan Mahathir yang pada zamannya dianggap genius pemikir Melayu dari Malaysia masih ada. Pendek kata kita manusia pasti ada kelemahan yang patut kita akui dan perlu respon dari oranglain member teguran yang baik.Beliaulah pengorak dan pengasas Sekolah Kebangsaan yang Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Hasilnya kanak-kanak Melayu tidak cukup daya saing dan kekuatan konsep yang mereka pelajari berbanding rakan mereka dari SJKC dan SJKT. Perlu dijelaskan di sini juga SJKC dan SJKT dibenarkan menggunakan bahasa Cina dan Tamil dalam pengajaran Sains dan Matematik. Ia memang tak rasional hanya mewajibkan Sekolah Kebangsaan terlibat dalam dasar pendidikan yang terkebelakang ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template