Saturday, November 22, 2008

Pak Lah pembohong



Oleh Tempe Goreng

“Bapa Kamaruddin Scomi”. “Bapa mertua KJ” BUKAN BAPA DEMOKRASI.
Berikut adalah beberapa sebab Pak Lah tidak layak dan memenuhi merit untuk digelarkan bapa demokrasi Malaysia sebagai PM Malaysia ke 6.
1. Berkaitan rasuah
Sewaktu nama Pak Lah diumumkan oleh Mahathir Mohammad sebagai pengganti beliau PM Malaysia. Rakyat seluruhnya dimomokkan perdana menteri baru Pak Lah adalah Mr.Clean, bersikap warak, berpendirian sederhana, ingin menghapuskan amalan dan budaya rasuah, dan sebagainya lagi. Penggal pertama kuasa pemerintahannya ditumpu kepada tertangkapnya beberapa individu dalam kategori rasuah profil tinggi melibatkan pegawai tinggi kerajaan. Antaranya termasuklah rasuah melibatkan Pengarah BPR, Pengarah MPPJ atau sekarang MBPJ, Bekas Menteri Wilayah persekutuan dan bekas MB Negri Sembilan dan beberapa lagi kes. Ciri ke “clean”nan Pak Lah sungguh terserlah ketika itu. Namun selepas beberapa ketika isu ini reda. Penggal kedua pemerintahannya pula bergolak dengan pelbagai isu sementelah BN mengalami rentetan kekalahan hasil rejaman maut dari pengundi-pengundi seluruh Negara. Isu perebutan jawatan oleh ketua-ketua bahagian Umno disamping politik wang atau pancing undi memang sangat ketara sekali.
Pak Lah gagal dalam membanteras rasuah yang memang menggila dan meluas berlakunhya dalam UMNO dan BN. Pak Lah juga gagal menghapuskan politik wang atau pancing undi. Pak Lah masih gagal nembebaskan sistem kehakiman dari campur tangan luar meskipun ia adalah lebih baik dari Mahathir dahulu yang mencengkam sistem kehakiman negara. Dalam beberapa peringkat hierarki urusan di pejabat awam masih lagi adanya karenah birokrasi dan duit bawah meja atau rasuah bagi mempercepat atau skip proses tertentu. Pak Lah pemimpin besar Nombor satu di Malaysia punya kuasa dan mendapat banyak laba dan faedah dari pelbagai perkara juga. Untunglah Khairi menjual sahamnya dalam untunglah Kamaruddin Scomi bertambah kaya dan untung setiap tahun.

2. Menggadai dan mencagar kepentingan Negara.
Anak menantu beliau termasuk Kamaruddin, Khairi dan suku sakat kronisme dalam Air Asia dan Patrick Lim mendapat laba keuntungan yang banyak sepanjang 5 tahun pemerintahan pertama Pak Lah. Kita jangan lupa isu jualan pegangan saham dalam Tongkah Holding yang dibawahnya terdapat Medivest dan bebarapa lagi anak syarikat. Padahal Syarikat Medivest adalah pembekal ubatan dan kelengkapan perubatan kepada hospital-hospital kerajaan. Apakah bodohnya memikirkan keuntungan dengan menggadaikan kepentingan srategik ni kepada Agensi Pelaburan asing Temasek Holding dari Singapura.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template