Monday, November 10, 2008

Nak ulas sajak kematian, tapi tak bertudung

OLEH KERETABURUK


Berita di TV3 semalam (09.11.08), saya tidak pasti apakah nama dia, seorang ahli psikologi mengulas mengenai sajak kematian dan pada pendapatnya, beliau tidak bersetuju sajak tersebut dipertontonkan di sekolah kerana mental kanak-kanak akan sentiasa ingat perkara yang menakutkan.

Kenapa ahli psikologi boleh berkata demikian mengenai perkembangan kanak-kanak? Ini lah contoh ahli akademik yang berkiblatkan teori barat. Perkembangan manusia berdasarkan ahli psikologi barat adalah berpecah-pecah mengikut pandangan teori masing-masing contohnya seperti Jean Piaget menekankan perkembangan manusia berdasarkan perkembangan kognitif dan Skinner yang memyokong perkembangan manusia dari segi perkembangan tingkah laku.

Perkembangan manusia dari perspektif islam seperti Al Ghazalie atau Ibnu Khaldun adalah berdasarkan perkembangan keseluruhan insan tersebut termasuklah nafsu untuk membentuk seorang insan seimbang dan harmonis. Sumbangan tokoh-tokoh islam ni tak sempurnakah? Jean Piaget yang terkenal itu pun mencedok hasil karya sarjana islam. Tapi orang kita , orang islam seperti doktor pakar tersebut berkiblatkan barat tapi sayang tidak bertudung, bukannya nak insaf.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template