Friday, November 14, 2008

Kes Altantuya di Mahkamah antarabangsa

OLEH KERETABURUK

Mungkin pihak pendakwa raya sudah malas, kerana sebelum ini sudah berkurun turun naik mahkamah. Jadi Tun Abdul Majid sebagai Timbalan pendakwa raya yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mengangkat bendera putih, oleh itu pihak pendakwaan tidak akan memfailkan rayuan atas alasan hakim yang memutuskan kes telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Abdul Razak.

Pihak pendakwaan tidak akan merayu terhadap keputusan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tidak mungkin Tun Abdul Majid akan failkan rayuan. Sebab sistem kehakiman kita paling telus dan adil di dunia. Tun Abdul Majid sama saja. Pengarah filem Hollywood pun tidak mampu untuk menghasilkan jalan cerita sebagus dah sebodoh jalan cerita di pentaskan di mahkamah. Kes ini pasti akan disambung di akhirat kelak. Tunggu,,,

Harapan masih ada. Mahkamah antarabangsa. Kerajaan Mongolia akan merujuk kes tersebut ke mahkamah antarabangsa untuk mempertahankan hak rakyatnya. Rujuk Montsame agency online. Semoga dengan usaha kerajaan Mongolia itu, diharap mahkamah antarabangsa akan membogelkan kes tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template