Friday, November 14, 2008

Malaysia adalah sebuah negara yang hebat

OLEH KERETABURUK



Malaysia adalah sebuah negara yang hebat. Cukup hebat. Hebat sungguh. Tipu? Kalau PM
Dolah atau TPM Najib tipu, tipu lah saya. Malaysia antara negara terhebat di dunia. Hebat?. Bukan saya kata, Najib kata. Najib berkata ekonomi negara masih stabil walaupun ekonomi dunia merudum. Hebatkan. Amerika tidak cukup hebat berbanding dengan Malaysia. Ekonomi Amerika jatuh, ekonomi Malaysia pula tetap macho dan stabil.


Kenapa hebat?
Negara-negara hebat tidak sehebat Malaysia seperti UK dan Amerika, rakyat-rakyat mereka di sana diambang diberhentikan kerja seperti di London British Telecom (BT) akan memberhentikan 10,000 pekerja. Pengeluar kereta tidak sehebat pengeluar Proton, GENERAL MOTOR dan FORD mengalami masalah dan pekerjanya juga diambang diberhentikan kerja. Malaysia? ekonomi kita masih stabil. Tiada rakyat yang akan hilang pekerjaan.

Hebat sangatkah?
Malaysia adalah sebuah negara yang sangat hebat, lihat lah negara-negara jiran di rantau asia, busrsa saham Hang Seng, Kopsi Korea, NST Singapore, Nikkei mengalami kejatuhan malah Dow Jones pun terus tergolek sama. Malaysia sebuah negara yang hebat, hanya Komposit Index Kuala Lumpur tidak mengalami nasib malang seperti busrsa saham lain. Bangga saya sebagai orang melayu dan warganegara malaysia dapat hidup di sebuah negara Malaysia yang hebat, selamat aman dan makmur.

1 comments:

Keretaburuk & Tempe Goreng on November 14, 2008 at 5:38 PM said...

saya suka melihat gamabr diatas , tidak tahu mengapa. mungkin view dia cantik kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template