Thursday, November 13, 2008

Harga minyak : Pro an kontra


Oleh Tempe Goreng

Kronologi kenaikan harga minyak seliter di Malaysia.

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

3 kali penurunan harga minyak di Malaysia.

september 2008 - RM 2.55 (Penurunan RM 0.15)
Oktober 2008 - RM 2.45 (Penurunan RM 0.10)
November 2008 - RM 2.35 (Penurunan RM 0.10)

Penurunan harga minyak sedunia bawah 60 dolar setong amatlah kita nanti-nantikan. Namun harga minyak seliter yang sepatutnya lebih rendah dari harga sekarang RM 2.35 seliter bagi petrol. Diesel yang dahulunya adalah jenis minyak yang murah mejadi lebh mahal dengan kenaikan drastik pada Jun yang lepas. kenaikan sebanyak 80 sen bagi seliter diesel cukup memeritkan mereka-mereka yang menggunakan sumber minyak diesel bagi mencari rezeki. Justeru, penurunan harga minyak bawah RM 2.00 seliter adalah wajib dan wajar sementelah harga minyak dunia bagi satu barrel atau setong adalah dibawah paras 60 dolar.
Apa tunggu lagi Pak Shahrir ?? sampai dah putih rambut tu.
Apa fikir lagi Pak Lah?? Mungkin juga Najib sbb dah pegang kewangan negara??

Kenaikan yang mendadak ini secara keseluruhannya menyumbang kepada ketidak seimbangan ekonomi negara. Selain kuasa beli rakyat terutamanya kelas pertengahan dan rendah yang akan terjejas dan keutamaan adalah kepada penggunaan wang bagi keperluan harian keluarga serta perkara yang lebih penting. Sehinggakan Syarikat pengeluar Motorsikal seperti Boon Siew Honda, Suzuki, Yamaha dan Modenas berlumba-lumba melancarkan model terbaru motorsikal mereka pada tahun ini. Rakyat terpaksa ikat perut dan menelan hakikat pemerintahan BN tidak membela hak dan prihatin terhadap kesusahan rakyat. Kalau sesetengah dikalangan rakyat itu kaya dan ada kepentingan kroni samaada Umno atau BN sudah tentu masih teap utuh lagi.

Pak Lah terlalu takut membuat keputusan sendiri. Seolah-olah seperti beliau terpaksa menaikkan harga minyak seliter dari harga asal sebanyak 40 peratus kenaikan dibuat oleh orang lain. Kenaikan ini dicatatkan sebagai paling tinggi sekali dalam sejarah setakat ini. Mr clean atau sapu habis ini bolehlah diingati sepanjang zaman sebagai PM dolah Pak Lah sapu habis !! Bagi naik harga minyak secara drastik dan bombastik!!

Minyak petroleum itu dikorek juga di Malaysia. Minyak yang dikorek dari Malaysia dijual ke luar negara dengan harga yang mahal. Petronas membuat keuntungan berganda-ganda hasil penjualan minyak tersebut disamping untung melabur diluar negara. Bagi penggunaan domestik Petronas mengimport minyak terutamanya dari negara-negara Arab dengan harga yang murah. Minyak yang rakyat Malaysia pakai dan pam dalam tangki minyak masing-masing bergred rendahlah. Disamping rakyat terpaksa telan dengan pahit minyak pam minyak petronas adalah minyak yang pihak Petronas beli dari negra Arab denan harga murah tetapi rakyat pam minyak itu dengan harga yang tidak standard dengan kualiti grednya. Jadi, sebab itu isi minyak di pam minyak petronas yang sakan promosi primax dan synthium itu hanya menyebabkan minyak efisien dan lebih cepat habis.
Tidak percaya??
Anda pam sendiri minyak setiap pam minyak samaada Petronas, Shell, Mobil, Esso, BHP, Enerco dan sebagainya lagi dan bandingkan kadar keefisienannya cepat habis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template