Monday, November 17, 2008

Harga minyak : Pro dan kontra



Oleh Tempe Goreng

Harga minyak setiap bulan dikaji kata Datuk Shahrir Menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna Malaysia. Dengan kenaikan barang tak kira barang kawalan atau tidak yang semakin hari semakin meningkat. Menteri sirambut putih ini diibarat mengamalkan sistem kawalan harga barang yang pelik dan ala kadar sahaja. Tidak selantang yang dipertunjukkan ketika sebelum menjadi menteri kabinet BN.

Malang rakyat Malaysia mempunyai menteri perdagangan sebegini punya perangai dan tindak tanduk. Dengan kadar inflasi dalam negara yang berada tinggi disekitar 8 peratus ia jelas menunjukkan kuasa beli rakyat semakin menurun.

Harga minyak setong di pasaran dunia sangat rendah di bawah 60 dolar.Namun menteri berkenaan dan Perdana Menteri yang gemar tidur langsung tidak berniat melakukan apa-apa sepertimana ketika kenaikan harga minyak pasaran dunia berlaku jun lalu. Kedua-duanya pekak badak. Buat-buat rabun jauh dan dekat. Buat-buat pedih mata gosok mata mengantuk nak tidur.

Itulah yang kita selalu rakyat malaysia hadapi.
Keperitan hidup hasil efektifnya sistem ekonomi kapitalis dan menindas yang dibawa oleh UMNO?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template