Thursday, November 13, 2008

Harga minyak : Pro dan kontra



Oleh Tempe Goreng

Harga minyak sudah turun ke paras yang agak stabil sekitar 60 dolar setong. Tapi harga minyak pasaran domestik Malaysia akan turun atau tidak tidak dapat dipastikan dengan jelas lagi. Pak Shahrir kita cukup suka membayangkan apabila berkata tentang harga minyak pasaran domestik ini. Rakyat kebanyakan Malaysia mencongak hari demi hari menentukan kemandirian atau keberterusan kehidupan seharian mereka seperti mana UMNO mencongak kemandirian kewujudan mereka. .

Lihat sahajalah apabila paras harga minyak dunia meningkat mendadak hingga 100 dolar lebih setong. Keputusan kenaikan minyak oleh kerajaan Pak Lah masakini telah dilakukan dengan cepat tanpa bertangguh sedikit masa pun. Kenaikan sebelum ini pada peratusan yang agak tinggi iaitu 30-40 peratus dari harga minyak semasa. Ia cukup memberi kesan sehingga ke hari ini. JIka diperhatikan penurunan setakat ini sebanyak 4 kali belum cukup ampuh menurunkan kesan berantai dan caj tambahan yang dikenakan oleh para pengusaha kepada rakyat jelata.

Kerajaan Pak Lah cukup efisien menaikkan dengan tidak efisiennya menangani kesan-kesan dari kenaikan minyak itu terhadap ekonomi negara. Perlu ingat kesan berantai yang mana kenaikan harga barangan yang kononnya dikawal setiap musim perayaan dan ditambah lagi kesan kos operasi seperti contoh khusus untuk penternak ayam. Kesan berantai juga berlaku ke atas caj perkhidmatan dan dikenakan lagi caj tambahan termasuk tambang bas, teksi, upah itu upah ini dan sebagainya lagi.
Apakah kerajaan Pak Lah kerajaan Umno-Bn ini buka mata dan prihatin dengan kehidupan rakyat yang semakin menyempit.

Fakta yang pro nya tidak nampak dan mudah kita mengatakan kerajaan BN dan UMNO sedang merompak hak dan wang rakyat dengan cara mencagar dan mengambil subsidi yang sepatutnya dinikmati setiap rakyat warganegara Malaysia. Fakta yang kontra pula cukup jelas dan nyata kenaikan yang mendadak adalah keputusan yang tidak betul dan gila. Sebab itu juga persoalan kenapa Pak Lah tukar portfolio kemeterian dengan Najib tempohari. Tambah-tambah lagi Pak Lah pernah gagal dalam bidang ekonomi semasa pengajiannya di Universiti dulu. Pak Lah kurang clean dan kurang bijak membuat keputusan kenaikan minyak kerana keputusan mutlak adalah di tangan Mr PM.

Di kebelakangan hari ini penurunan yang dijangka dan dibayangkan mcm Pak Shahrir cakap telah menampakkan kerakusan dan ketamakan pemimipin kalangan UMNO dan BN sebenarnya. Kalau jujur dan amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara pasti BN dan UMNO tidak ditolak oleh rakyat seperti hingga ke hari ini. 51 tahun memerintah negara yang penuh aman ini tetapi sekarang ia agak terlalu jauh dari Singapura yang pernah menjadi sebahagian (UMNO lah yang menjual dan melepaskan kepada PAP sial)dan agak jauh dari Vietnam yang stabil dan progresif ekonominya.

Pendek kata Harga minyak memang menjadi ukuran kestabilan ekonomi Malaysia juga pada keseluruhannya. Cukuplah UMNO dan BN tipu rakyat selama 51 tahun yang lampau.Kalau pun bukan, kata UMNO dan BN. Baik, pemimpin kerajaan BN semua kenapa tidak mencari bahan api alternatif yang lebih mengurangkan kos dan tidak dimanipulasi pasaran dunia yang kapitalis dan bersumberkan riba. Di Negara-negara Arab misalnya Al-Jazeera mendapat maklum balas keboleh percayaan yang tinggi penontonnya terhadap poll atau soal selidik akan sistem ekonomi apa yang lebih baik dan adil. Sistem ekonomi Islam yang tanpanya riba dan unsur menindas serta sumber yang was-was.

Adakah pasaran minyak ada unsur Gharar, riba dan menindas ini?
Ya, ada. Kerana ia dipasarkan dengan cara kapitalis. Minyak itu sumbernya memang halal. Tapi pasaran, pelabur, penyogok mata wang, individu berkepentingan selain permintaan yang tiada had untuk peperangan misalnya.

CUKUPLAH BN DAN UMNO TIPU RAKYAT SELAMA 51 TAHUN YANG LAMPAU.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template