Sunday, November 30, 2008

Duit melayang bersama Tony Fernandes

OLEH KERETABURUK






MAS untung RM 198 juta. Manakala Air asia mengalami kerugian RM 466 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kerugian tersebut disebabkan kadar tukaran Ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sandaran terhadap pelaburan dalam Lehman Brothers.

RM 466 juta satu jumlah yang cukup besar. Siapakah yang menanggung sebenarnya? Air asia kah? atau Datuk Seri Tony Fernandes? atau rakyat?. Seperti MAS atau Air asia, mereka begitu senang hati menjalankan urusniaga bukan seperti peniaga warung kedai makan.

Apa nak kisah, kalau rugi. Rakyat yang bangang di luar sana kan ada. Wang rakyat diguna pakai untuk bailout. Senang. Tak perlu Air Asia jumpa along. Tak perlu susah hati seperti peniaga yang menjalankan urus niaga warung kopi. Jika rugi. Pinjam along. Kenapa along. Sebab bank nak geran tanah, geran rumah. Air Asia tak perlu susah susah untuk itu. Bailout aja. Najib Razak pun boleh tolong. KWSP pun ada juga.

Tambang Air Asia KL-London 99 pounds. Peniaga warung kopi pun tak boleh turunkah harga kopi serendah 0.50 sen sebab tiada bailout oleh kerajaan untuk peniaga warung kopi jika berlaku kerugian profit. Menjalankan perniagaan warung kopi lebih susah dari apa yang dirasakan oleh Datuk Seri Tony Fernandes.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template