Sunday, November 16, 2008

Nasib guru sains dan matematik

OLEH KERETABURUK





NUTP/KPPK (kesatuan perkhidmatan perguruan kebangsaan) menolak sebulat suara dasar kerajaan melaksanakan PPSMI di peringkat sekolah rendah. Kesatuan guru yang mempunyai keahlian lebih dari 100k keahlian menolak dasar menginggeriskan murid2 di sekolah rendah. Namum, Kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil, dasar bahasa penjajah itu diteruskan.

Saya tidak ingat, pihak universiti mana yang mengeluarkan kenyataan begini iaitu mereka menganggap jika perlaksanaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik boleh meningkatkan kebolehan berbahasa inggeris, ini adalah sampah!. Namum, kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil, dasar bahasakan penjajah dalam sains dan matemati diteruskan. Siapa atau pihak mana lagi yang mahu beri pendapat, komen, bantahan? ah, sia-sia sahaja. Semua itu disampahkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan Barisan Nasional ini kenapa bersikap bodoh dan sombong? kenapa kerajaan bodoh hendak menerima pendapat/suara orang ramai? kenapa kerajaan Barisan Nasional bersikap sombong mengsampahkan pendirian rakyat? Kenapa pendapat, komen, bantahan dari rakyat kerajaan tidak mahu dengar? kerajaan Barisan Nasional lebih bijak daripada rakyat, begitu?.

Dalam akhbar pro kerajaan lalu melaporkan bahawa guru2 yang gagal dalam ujian pengesanan BI tidak mencapai band 3 dalam ujian tersebut,yakni guru yang gagal akan ditukar opsyennya. Guru sains dan matematik bakal menghadapi masalah jika KPM melaksanakan perkara tersebut.

Beberapa tahun mereka mendalami latihan berdasarkan opsyen mereka di universiti, maktab menerusi KPLI dan KDPM. Disebabkan dasar bangang kerajaan itu, guru-guru terpaksa melupakan bidang opsyen yang mereka minati. Yang penting, dasar sains dan matematik diteruskan supaya melahirkan rakyat berpengetahuan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Bahasa Melayu guna untuk apa pula? sampah kan aja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template