Saturday, November 22, 2008

Bukti kerajaan BN tukang penaik peratus

Kadar inflasi 7.6 peratus

Oleh Tempe Goreng

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kadar inflasi Malaysia menurun kepada 7.6 peratus pada Oktober dengan pengurangan dalam harga petrol dan diesel, adalah antara faktor penyumbang, kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini.

Harga petrol dan diesel telah dikurangkan buat kali ketiga oleh kerajaan pada 15 Oktober.

Pada September, kadar inflasi menurun kepada 8.2 peratus daripada tahap tertinggi untuk tempoh 26 tahun iaitu pada 8.5 peratus pada Ogos, dengan potongan harga bahan api juga menjadi penyumbang.

Berbanding bulan yang sama tahun lepas, Oktober menyaksikan indeks bagi makanan dan minuman tanpa alkohol meningkat sebanyak 12.1 peratus manakala indeks bagi item bukan makanan bertambah sebanyak 5.5 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan tinggi dicatatkan bagi pengangkutan yang menokok 13.9 peratus apabila dibandingkan dengan bulan yang sama pada 2007.

Apabila dibandingkan dengan September tahun ini, Indeks Harga Pengguna merosot sebanyak 0.4 peratus, kata Jabatan.

Bagi tempoh Januari - Oktober, katanya makanan dan minuman tanpa alkohol merekodkan peningkatan 8.5 peratus dan item bukan makanan naik 4.1 peratus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template