Saturday, November 8, 2008

Boikot Utusan?

OLEH KERETABURUK



Pemuda UMNO Tenom akan membela akhbar utusan dari diboikot oleh pihak tertentu pada perhimpunan agong mac depan. "Akhbar ini banyak berjasa bukan sahaja kepada kaum Melayu tetapi juga semua kumpulan etnik bumiputera. Kami turut menganggap Utusan Malaysia sebagai suara kami" Ya memang benar apa yang diperkatakan pemuda UMNO Tenom itu, tidak dinafikan Utusan Malaysia adalah suara mereka, suara orang UMNO dan BN.

Pemuda UMNO Tenom yang akan membela akhbar tersebut pada mac di perhimpunan agong UMNO, Utusan Malaysia ialah suara mereka, suara UMNO. Kenapa pula pihak pembangkang menghukum akhbar Utusan mengatakan bahawa Utusan sebuah akhbar yang tidak adil, tidak betul, akhbar yang memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, melaporkan berita yang tidak benar mengenai Pakatan Rakyat,tidak memberi pihak pembangkang peluang untuk bersuara atau berkempen malah menaburkan fitnah keatas Pakatan Rakyat.

Pemuda UMNO Tenum akan membela akhbar Utusan dari diboikot, Utusan adalah akhbar yang mewakili suara mereka, suara orang UMNO. Adakah selama ini Utusan bersuara untuk pihak pembangkang? Jelas, Utusan adalah akhbar untuk ahli UMNO sahaja seperti mana pihak pembangkang dengan akhbar rasmi mereka seperti Harakah dan Suara Keadilan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template