Saturday, November 22, 2008

Bangsa melayu ni, bangsa jenis apa haa?

OLEH KERETABURUK




"maccha, lu punya bahasa tamil pun ada" "U punya bahasa cina pun ada juga" "itu saya punya bahasa melayu tu..tu..."


Jika Pulau Pinang bukan di perintah oleh kerajaan pakatan rakyat. Isu papan jalan pelbagai bahasa tidak timbul. Mengenai papan jalan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan. Kata ketua menteri tadi anda fikir bijak atau bangang?

Ok, kita lihat pula kata seorang lagi ketua menteri.

Mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bahawa Guan Eng sepatutnya menyedari mengenai garis panduan UNESCO yang kini boleh menjejaskan pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Kata ketua menteri tadi anda fikir bijak atau bangang?

Eye on malaysia kini di Melaka. MITC - Melaka International Trade Centre. Papan tanda jalan di melaka ada bertulis" Jonker walk" (Ali Rustam selaku ketua menteri kena tahu). Ali Rustam, mengapa Eye on malaysia dan MITC tidak diguna pakai sahaja dalam bahasa melayu? Melaka sebuah negeri beradaban, negeri kesultanan melayu, negeri pahlawan Hang Tuah. Tak kan lah berjenama bahasa inggeris kot...

Adakah papan tanda jalan pelbagai bahasa yang merangkumi bangsa di Malaysia itu melanggar garis panduan UNESCO berkenaan bandar warisan dunia? UNESCO di bawah naungan PBB itu sendiri mewakili pelbagai bangsa. Persatuan bangsa-bangsa bersatu.

Disebalik tindakan orang ramai dan NGO membantah kerajaan P.Pinang memasang papan jalan pelbagai bahasa menimbulkan kelucuan. Lihat apabila NGO turun dengan sepanduknya di Pulau pinang membantah kerajaan P.Pinang memasang papan jalan pelbagai bahasa. Papan jalan pelbagai bahasa boleh mengugat bahasa melayu kah?

Kenapa mereka-mereka yang bersepanduk ini tidak turun dengan sepanduk membantah dasar perlaksanaan PPSMI di sekolah atau membantah mana-mana pihak yang tidak mendaulatkan bahasa melayu.

Kenapa mereka tidak buat bantahan membantah syarikat pengeluar seperti PROTON menjenamakan kereta buatan negara dengan nama inggeris. Bukankan satria NEO, Gen2, Savvy, Myvi berjenama bahasa inggeris? Bagaimana pula dengan "MYkad"? yang terselit di dompet-dompet mereka yang bersepanduk itu? ah, begini kah kita nak menyedarkan orang melayu yang bersepanduk membantah papan jalan pelbagai bahasa. Kenapa mereka-mereka ini takut benar dengan papan jalan pelbagai bahasa? sungguh misteri mereka itu.

Bagaimana pula dengan TNB yang memaparkan papan tanda bernotis mereka begini...




Kerahlah mereka yang bersepanduk di Pulau Pinang itu turun bersepanduk di semua pencawang di seluruh negara. Ini barulah menunjukkan cintakan bahasa namanya. Kalau TNB itu pembangkang, mesti susah juga.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template