Monday, November 10, 2008

Baik UMNO, baiklah rakyat - PM (Utusan Malaysia)

OLEH KERETABURUK



"Bukan tidur, tetapi saya sedang berdoa supaya memanjangkan hayat saya sebagai PM"



Di dalam sebuah akhbar penyebar fikiran rakyat hari 10.09.08 "Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik UMNO maka baiklah rakyat Malaysia kerana UMNO memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa," Pak lah

UMNO memperjuangkan semua bangsa? kenapa masalah secikai papan tanda berbilang bahasa di Penang UMNO cemuh? Tak perlu kita hendak persoalkan keupayaan UMNO untuk memperjuangkan rakyat berbilang bangsa,melayu sendiri pun UMNO abaikan. Hendak pejuangkan bangsa, bahasa pun kena perjuangkan juga wahai UMNO. Kenapa UMNO menyokong dasar KPM menjahanamkan bahasa melayu menerusi bahasa inggeris diterap dalam pengajaran sains dan matematik.

Pak Lah juga berkata "UMNO tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah. Kepada siapa Pak Lah berkata seumpama itu? mungkin Pak Lah menegur pemimpin-pemimpin yang peribadinya lemah, tidak suka membaca, suka bercakap bohong dan suka tidur di majlis-majlis rasmi.



Baik UMNO, baik lah rakyat? Habis lah rakyat, UMNO bertumbuk dan baling kerusi, rakyat pun dapat kebaikan yang sama.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template