Wednesday, November 5, 2008

5 jam atau 1 jam setengah

OLEH KERETABURUK

Najib Razak agak tidak betul bercakap apabila menyentuh soal wang. Najib Razak merendah-rendahkan pembentangan baget oleh Anwar Ibrahim dengan membandingkan pembentangan baget yang dibuat oleh Pak Lah yang hanya memakan masa 1 jam setengah berbanding dengan Anwar mengambil masa agak lama 5 jam.

Wang rakyat yang hendak dibelanjakan untuk belanjawan bukan satu angka yang kecil, berbilion-bilion. Pak Lah hanya dalam masa 1 jam setengah memutuskan untuk membelanjakan berbilion wang rakyat bagi belanjawan 2009. Ini soal wang, wang rakyat, amanah.Anwar bentangkan baget selama 10 jam sekali pun, wang yang hendak di belanjakan berbilion ini adalah wang rakyat. Bukan senang nak memutuskan pembelanjaan wang berbilion ini berbanding dengan kerajaan BN yang mengambil masa 1 jam setengah sahaja untuk memutuskan berapa bilion wang rakyat untuk dibelanjakan. Macam duit itu mak bapak Barisan Nasional punya.

Lihatlah Najib Razak, belum pun sebulan memegang jawatan menteri kewangan, dengan gelojoh Najib mengeluarkan wang KWSP RM 5 bilion bagi membantu syarikat kroni BN yang tenat. Kerajaan BN cepat menghulur bantuan kewangan apabila kroni mereka yang mengalami masalah kewangan. Tapi malangnya bagi rakyat, sangat lambat bantuan kerajaan BN dalam menangani krisis rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template