Saturday, October 11, 2008

Serba serbi lembab

OLEH KERETABURUK


Kerajaan Barisan Nasional serba serbi lembab. Mujurlah Malaysia tidak mengalami krisis yang teruk seperti negara lain bergolak dengan ancaman pengganas, peperangan atau ancaman cuaca ekstrem seperti negara jiran Filipina yang saban tahun dilanda taufan atau ribut tropica. Sesebuah negara yang mengalami krisis demikian mestilah rakyat bergantung harap, menagih bantuan kerajaan pemerintah. Bagaiman jika krisis kemanusian ini berlaku di Malaysia?

Sebagai contoh tindakan lembab oleh kerajaan Malaysia mengenai kejadian kebocoran radioaktif oleh kapal selam tentera laut Amerika USS Houston di port Klang pada tahun 2006. Pihak kerajaan Amerika telah mengesan kebocoran USS Houston Julai 2008 dan telah menghantar laporan penuh kepada kerajaan lembab Malaysia. Kenapa kerajaan lembab Malaysia lembab dan tidak mahu mendedahkan insiden ini kepada rakyat Malaysia. Kenapa lah kerajaan lembab Malaysia tidak bersikap pedulikan kesihatan dan keselamatan rakyat. Radioaktif bukan perkara main-main, kesannya adalah jangka masa panjang. Rakyat mampus pun tidak mengapa, yang penting kerajaan Barisan Nasional terus berkuasa dan segala macam kantung mereka dipastikan penuh dahulu. Oh lupa kah kita, Kemeterian Pertahanan kini dibawah pengaruh kuasa menteri yang serba serbi lembab.

Lihat lah sejarah yang lalu, krisis tsunami dan kejadian banjir besar di Johor pada disember 2006. Ketika krisis berlaku, bantuan lambat tiba. Penyerahan rumah kepada mangsa tsunami memakan masa bertahun itu pun hasil campur tangan pihak luar. Oh lupa kah kita, ketika kejadian banjir besar melanda negara penghujung tahun 2006, PM yang serba serbi lembab berkesempatan pula makan angin dan merasmi restoran nasi kandar Perth Australia. Ketika itu rakyat berkelaparan dalam banjir manakala PM serba serbi lembab sedap menyantap sedap lauk pauk kandar. Tanya lah orang Kelantan, ketika banjir, rumah dikelilingi air dalam keadaan tersebut mereka lebih cepat lapar. Apa yang hendak dipedulikan, susah sangat nak dapat nasi makan lah ubi kayu, harga minyak naik tunggang lah basikal. Itu lah cara penyelesaian terbaik kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat ketika susah.

Rakyat Malaysia kini menghadapi krisis penggolakan harga minyak yang dicetus sendiri kerajaan yang prihatin. Harga minyak dunia sehingga hari ini $77.70 dollar setong. Iya, kerajaan prihatin kepada rakyat oleh itu dengan baik hati harga minyak negara diturunkan 15sen. Setakat ini aja kemampuan kerajaan Malaysia. Jika berlaku krisis negara yang lebih parah seperti tsunami atau gempa bumi, di mana peranan kerajaan ketika itu? jangan lah jadi seperti PM serba serbi lembab kenyangkan perut di nasi kandar Perth ketuka banjir besar di Johor dulu. Di bawah kerajaan Barisan Nasional, rakyat sendiri yang membantu diri mereka sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template